31 January 2011

Artikel motivasi - Tips Untuk Menjaga Kesihatan Anda

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mentakrifkan perkataan sihat sebagai keadaan sempurna fizikal ,mental dan sosial dan tidak hanya ketika ketiadaan sakit. Bagi mana-mana organisma, kesihatan ialah satu bentuk homeostasis. Hal ini merupakan satu imbangan di mana tenaga dan jisim masuk dan keluar berada dalam keseimbangan yang membolehkan pertumbuhan. Kesihatan juga membawa erti kemampuan untuk meneruskan hidup dengan prospek positif. Untuk merasai sihat, seseorang itu perlu merasakan dirinya sihat dan tiada risiko dalaman atau luaran yang boleh mengganggu kesihatannya.

Sebenarnya, pengambilan makanan berkhasiat merupakan salah satu cara untuk memastikan kesihatan yang baik. Hal ini disebabkan punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah sebab tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat. Corak pemakanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi untuk menentukan keadaan kesihatan kita.

Selain itu, terdapat beberapa ciri makanan yang biasa diamalkan oleh masyarakat yang harus dielakkan kerana ia merupakan makanan yang tidak sihat. Pertama, makanan yang terlalu banyak lemak dan kolesterol seperti daging, telur, hasil tenusu, keju merupakan sumber protein, vitamin dan galian yang baik tetapi ia juga mengandungi banyak lemak dan kolesterol. Lemak boleh menyebabkan kegemukan, mendorong serangan jantung dan meningkatkan risiko serangan kanser sementara kolesterol menjadi punca utama sakit jantung.

Seterusnya, makanan yang terlalu banyak gula seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau serat. Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari tubuh. Di samping itu, memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan jantung dan sebagainya.

Ketiga, makan makanan yang terlalu banyak garam seperti makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan ringan bergaram. Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok. Sesetengah orang mungkin menghadapi masalah terlalu banyak air di bawah kulit (edema).

Secara kesimpulannya, setiap manusia mempunyai keperluan yang berbeza, oleh itu anda harus menentukan sendiri apa yang terbaik untuk diri anda. Untuk memastikan anda tidak makan berlebihan , anda mungkin perlu menimbang berat badan dari semasa ke semasa . kita juga perlu mengimbangi tenaga yang kita perolehi dengan tenaga yang digunakan untuk kegiatan seharian. Masyarakat perlu sentiasa ingat “makan makanan berkhasiat, jamin sihat selalu”.

29 January 2011

Artikel motivasi - Perlunya Kita Menjadi Sabar

Kesabaran ialah sifat yang dipuji oleh semua agama di dunia dan diakui kebaikannya oleh para ilmuan,raja dan pentadbir. Orang yang sabar menerima segala cabaran dengan tenang dan memikirkannya dengan teratur. Semangat ketabahan yang ada pada seorang yang sabar itu menunjukkan kewibawaannya dalam menjalankan tugas, keberaniannya menghadapi dugaan dan kepercayaan terhadap matlamat yang perlu dicapai.

Terdapat beberapa kesan positif untuk kesabaran. Antaranya seseorang akan tenang menghadapi masalah yang rumit, berani menerima cabaran yang terdapat dalam kehidupan mereka, sentiasa mengamalkan sifat pemaaf dan berhemah tinggi serta cermat dalam tutur kata. Sebagai contohnya, seseorang pegawai yang mempunyai sifat kesabaran, ketabahan dan kerajinan semasa menjalankan tugasnya dengan baik. Beliau mungkin akan menjadi model untuk orang lain dan menerima ganjaran seperti kenaikan pangkat. Contoh yang seterusnya,  seseorang itu dapat mengelakkan kesilapan dan kesalahan dalam membuat pertimbangan terhadap setiap masalah. Masalah itu disiasat, dianalisis serta diberi pertimbangan yang wajar sebelum sesuatu ketetapan atau keputusan dibuat. Insan yang mengamalkan sifat kesabaran akan selalu tenang, berani dan mempunyai perhitungan jauh yang dapat melahirkan ketelitian dan cermat dalam membuat keputusan. Contoh yang terakhir ialah sifat kesabaran akan menyebabkan seseorang menjadi bertimbang rasa dan dapat mengelak dari sifat gopoh. Misalnya, jika sesuatu kerja terlalu hendak cepat disiapkan semata-mata untuk memuaskan kemahuan sendiri akan menimbulkan ketegangan dan menyebabkan kerja tidak sempurna. Hal in akan membawa salah faham dan permusuhan.

Apakah akibatnya jika seseorang iru tidak mempunyai sifat kesabaran? Orang yang tidak sabar selalu mengubah pendirian dan keputusan, tidak sanggup berkorban, takut menghadapi cabaran, lekas mengalah, berpandangan sempit, tidak tahan menghadapi kesusahan dan tidak bertanggungjawab. Sebagai contohnya, amalan negatif akan menyebabkan orang tersebut mempunyai sifat pemarah yang melahirkan perilaku buruk seperti cepat mencari kesalahan orang lain dan memaki hamun orang lain, walaupun perkara yang dimarahkan itu kecil sahaja. Seterusnya, seseorang itu akan mencari jalan keluar yang tidak tepat untuk mengatasi masalah seperti mengambil dadah, minum arak dan berjudi yang akan mendatangkan kemudaratan.  Tanpa sifat kesabaran juga seseorang akan berasa sukar dan lemah semangat bila menerima cabaran besar dalam menjalankan tugas. Di samping itu, sifat lekas mengalah boleh menghalang peningkatan produktiviti dan kualiti.

Kesimpulannya, sifat kesabaran memang mendatangkan manfaat dan faedah kepada insan jika dipegang dengan betul. Oleh itu, sifat kesabaran haruslah ditanam  dalam jiwa masyarakat kita supaya semua orang dapat menikmati kebaikannya bersama-sama. Pemimpin negara haruslah memikirkan bagaimana golongan remaja yang merupakan modal insan negara pada masa hadapan boleh disemai dengan sifat integriti , berwawasan dan  dan kesabaran.

27 January 2011

Artikel motivasi - Kesihatan Cemerlang Hidup Riang!

Apa itu kesihatan? Mungkin ramai sudah tahu apa itu kesihatan.  Persatuan Kesihatan Sedunia telah mengemukakan maksud kesihatan yang lebih mendalam iaitu suatu keadaan kesempurnaan fizikal, mental, dan sosial yang mencukupi, dan bukannya hanya ketiadaan penyakit atau kelemahan. Untuk pengetahuan semua, kesihatan adalah sebahagian yang sangat penting dalam diri kita. Setiap orang mempunyai kesihatan yang tersendiri tidak kira baik ataupun tidak baik. Ia bergantung kepada bagaimana cara seseorang itu menguruskannya dengan baik. Kesihatan boleh dikategorikan kepada beberapa aspek seperti kesihatan dari segi mental, fizikal, jasmani dan rohani.

Pertamanya, kita lihat dari segi kesihatan fizikal. Tidak semestinya orang yang nampak sihat dari luaran tidak mempunyai masalah kesihatan. Kadang-kala, orang yang beginilah yang banyak mempunyai masalah kesihatan. Mereka jarang membuat pemeriksaan kesihatan sebagaimana yang telah ditetapkan kerana beranggapan bahawa mereka masih lagi sihat dan kuat. Tanpa mereka sedari, ini akan membahayakan lagi diri mereka sendiri. Kita seharusnya membuat pemeriksaan mengikut masa yang telah ditetapkan supaya kita dapat mengetahui tahap kesihatan diri kita. Dengan cara ini, kita dapat mengambil langkah berjaga- jaga apabila melakukan sesuatu sesuatu agar tidak menjejaskan kesihatan. Contohnya,  ramai yang beranggapan bahawa makanan boleh menyihatkan tubuh badan, tapi sebaliknya tidak. Dari kajian yang telah di buat, makanan sahaja   tidak cukup untuk menyihatkan tubuh badan seseorang, malah ia harus di susuli dengan bersenam. Dengan cara ini, keseimbangan tubuh badan akan tercapai. selain itu, cara pemakanan juga berbeza mengikut umur, jantina dan penyakit. Maka, kita haruslah berhati- hati semasa hendak memilih makanan. Pilihlah makanan mengikut keseimbangan masing- masing.

Setiap orang inginkan gaya hidup yang sihat. Maka, mereka haruslah mengubah cara kehidupan mereka dari yang tidak baik kepada yang lebih baik. Tidak rugi kalau seseorang itu mengubah cara hidupnya kerana setiap orang ingin menikmati kehidupan yang lebih sempurna dan ingin memiliki minda serta tubuh badan yang sihat. Mustahil ada yang mahu hidup dalam keadaan yang terumbang- ambing, penuh dengan masalah serta penyakit. Semuanya mahukan kehidupan yang mempunyai hala tuju yang elok serta jauh dari sebarang  penyakit yang merbahaya. Dengan cara ini, mereka akan lebih bersemangat dan berkeyakinan untuk terus hidup. Contohnya, kita dapat melihat  persekitaran sekeliling yang penuh dengan industri serta pembangunan yang tidak terkawal. Kita harus mengelak dari persekitaran yang boleh memudaratkan kesihatan seperti asap- asap kilang dan kenderaan. Ini dapat mengundang penyakit- penyakit seperti sakit paru- paru, batuk dan sebagainya. Maka,  tahap kesihatan kita akan semakin berkurangan jika berterusan seperti ini.

Selain itu, mata pelajaran Pendidikan Jasmani yang di ajar di sekolah-sekolah juga membantu dalam tumbesaran kanak- kanak. Minda mereka akan bertindak dengan cepat kerana otak mereka dapat berfungsi dengan cergas dan cerdas.

Kesimpulannya, terdapat banyak pilihan yang boleh membawa anda ke arah kehidupan yang sihat. Tetapi, semuanya bergantung kepada diri kita sendiri kerana kitalah yang akan menentukan pilihan- pilihan tersebut.
Maka, untuk mencapai kehidupan yang sihat, buatlah pilihan yang bijak agar berpeluang untuk mengecapi setiap detik dalam kehidupan anda.

26 January 2011

Motivasi cemerlang - Keseimbangan dalam hidup

Dalam artikel sebelum ni saya dah bercakap pasal keseimbangan. Perlunya kita beri perhatian kepada semua aspek hidup kita, 7 aspek yang dah dinyatakan sebelum ni.

Hari ini sayanak bercakap lagi pasal perkara ini dengan contoh yang berlaku dalam hidup saya sekarang ni.

Semenjak dua menjak ni saya agak sibuk sikit. Pulak tu otak pulak ligat bagi macam-macam idea. jadi tak menang tangan. Ni nak buat itu nak cuba. Akibatnya masa tak cukup. Tidur terpaksa dipendekkan. Sekarang ni dah 3 malam berturut-turut tidur hanya 4 jam. Bila tidur lewat bangun pagi pun rasa tak segar, nak bersenam pun malas. Lepas breakfast mata dah mula berat balik. Pagi-pagi dah jadi kurang produktif. Tapi sebab passion (enthusiasm)  tu tinggi, lawan jugak la rasa mengantuk tu.

Jadi sebenarnya apa yang saya buat ni sebenarnya counter productive. Tidur lewat kononnya nak buat macam-macam, nak tambah produktiviti. Tapi backfire balik sebab paginya rasa tak segar, tak boleh fikir dengan jelas.

Kesimpulannya, tidur kena cukup. Walau sibuk macamana sekali pun pastikan dapat rehat yang cukup. Kesihatan harus dijaga. Hubungan dengan keluarga, anak-anak juga harus diambilkira. Tapi kalau mata dah mengantuk, anak tanya sikit pun dah nak mengamuk :)

Ok kita sambung lagi, mengantuk ni..nak take a nap:)

25 January 2011

Motivasi cemerlang - jadilah BEST untuk menjadi terbaik!

Saya mahu berkongsi dengan anda semua satu formula motivasi untuk cemerlang dalam hidup. Formula ni saya dapat dari 1 buku omputih yang saya baca baru-baru ni :)
Penulis tu kata kalau nak cemerlang kita perlu jadi BEST!, to be the best  you have to be the BEST? apa yang dia maksudkan ialah B. E. S. T. tu adalah akronim kepada:

B - Balance (kesimbangan)
E - Enthusiasm (semangat)
S- Single-mindedness (fokus)
T - Tenacity (ecekalan, istiqamah) 

Yang pertama tu B - Balance (keseimbangan). Kita perlu keseimbangan dalam setiap aspek hidup kita. Ada lebih kurang 7 area hidup kita iaitu:
  1. Kesihatan
  2. Spiritual
  3. Mental/intelektual
  4. Emosi
  5. Kewangan
  6. Sosial / hubungan
  7. Riadah
Pastikan ketujuh-tujuh area ini diberi perhatian yang sepatutnya. Contohnya kalau kita asyik sibuk dengan matlamat kewangan sehingga mengabaikan kesihatan atau hubungan kita tidak bagus juga. Kalau kita berjaya, kaya raya tapi keluarga porak peranda, hidup kita tidak akan gembira. Jadi pastikan hidup kita seimbang.

E - Enthusiasm (semangat) - Untuk berjaya dalam apa saja lapangan kita perlu ada semangat yang kuat. Semangat untuk hidup. Semangat untuk berjaya. Apa benda sekalipun kalau dibuat tanpa semangat yang membara, bak kata orang macam melepaskan batuk di tangga, pasti hasilnya tak ke mana. Jadi sebelum kita nak memulakan sesuatu tugas projek, pastikan kita mempunyai semangat atau tugas tersebut dapat memberi kita motivasi atau semangat kepada kita! 

S- Single-mindedness (fokus) - Fokus, fokus, fokus!. Tak ada yang lebih penting untuk berjaya selain memberi fokus sepenuhnya pada tugas kita. Omputih kata what you focus on expands. Masalahnya kita ni selalu hilang fokus. Tambah-tambah jenis macam saya ni yang minat banyak benda. Ini nak buat, itu nak buat..alih-alih semuanya tak jadi:) . Sebenarnya tak salah untuk buat banyak benda dalam hidup kita ni,  tapi kena fokus 1 benda dalam 1 masa. Maksudnya kalau main main, kalau belajar belajar kalau kerja kerja! Masa solat kena betul-betul kusyuk. Masa tulis blog kena tulis blog, jangan dok FB, nanti artikel tak siap tulis :) , Akhir sekali...

T - Tenacity (kecekalan, istiqamah) - Istqamah ni memang cukup penting. Ikut pengalaman saya yang sikit ni, nak mulakan sesuatu projek atau tugasan tak ada masalah, memang bermotivasi, yang jadi masalahnya nak maintain terus dengan projek tu sampai betul-betul berjaya. Yang jadi pada saya, bila satu-satu projek tu dah kick off, lepas tu macam lambat sikit nak nampak hasil, saya mudah hilang minat sikit-sikit, lama-lama hilang terus. Projek abandoned.. tak pun mendatar macam tu jer.. Ni ada kaitan jugak dengan fokus ni..

Kesimpulannya  nak jadi terbaik, jadilah manusia yang seimbang, bersemangat, fokus dan istiqamah.
Ok dah panjang lebar saya berceloteh. Apa pendapat anda dengan tips motivasi ni? setuju? tak bersetuju? Ayuh kita berkomentar :)