Sabar bermaksud sentiasa menahan diri daripada dipengaruhi sesuatu yang tidak baik. Sebagai contoh rasa marah, hasad dengki dan sebagainya.
Sifat sabar ini juga boleh membawa kepada kebaikan dan mempunyai banyak kelebihan. Antara kelebihan bersabar ialah dapat mengawal diri daripada sifat marah, mendapat keredhaan Allah S.W.T dan memperoleh ketenangan jiwa.
Orang yang bersabar sentiasa dapat mengawal diri daripada dipengaruhi perasan marah. Kesabaran amat penting terutamanya apabila seseorang itu mempunyai sikap marah yang tinggi. Jika kita sentiasa bersabar, kita akan berjaya mengawal diri daripada meluahkan rasa marah dan tidak puas hati kepada orang lain. Sekaligus dapat memelihara hubungan kita dengan orang lain. Sikap ini sentiasa dituntut dalam Islam.
Kita juga akan mendapat keredhaan daripada Allah S.W.T sekiranya kita sentiasa bersabar. Hal ini kerana, Allah amat mengasihi hambanya yang sentiasa bersabar. Kita tidak akan mendapat sebarang kerugian sekiranya kita sentiasa bersabar. Malahan kita akan dirahmati Allah S.W.T dan sentiasa dipandang mulia disisiNya.
Selain itu, kita juga akan memperoleh ketenangan jiwa jika kita sentiasa bersabar. Hal ini kerana, jika kita bersabar kita tidak akan terburu-buru dalam melakukan sesuatu. Kita akan melakukan perkara tersebut dengan lebih berhati-hati. Keadaan ini akan mewujudkan rasa tenang dan aman tanpa rasa tertekan. Sebagai contoh, jika kita bersabar dalam melakukan pekerjaan, kita akan mendapat kejayaan hasil daripada sikap sabar yang dipupuk.
Kesimpulannya, sikap sabar membawa banyak kebaikan kepada kita. Tidak salah sekiranya kita sentiasa mengamalkan sikap ini dalam kehidupan harian kita. Hal ini kerana, Allah S.W.T sentiasa meberikan hambanya manfaat yang besar lagi luas dan sentiasa berpanjangan dari dunia hingga akhirat. Kita
juga akan mendapar keberkatan hidup sekiranya kita sentiasa mengamalkan sikap ini.
---
Patience means always refrain from something that is not affected either. For example, anger, jealousy and so forth. The nature of this patient may also lead to good and has many advantages. Among the advantages of patient is able to control ourselves from anger, to please Allah SWT and get peace of mind.
People who are patient, always able to control myself from feeling angry affected. Patience is very important, especially when a person has high angry. If we have patience, we will be able to control themselves from expressing their anger and dissatisfaction to others. At the same time to maintain our relationships with others. This attitude is always required in Islam.
We also get the pleasure of Allah SWT if we keep patience. This is because, Allah loves the servant who was always patient. We will not have any losses if we keep patience. In fact we will be blessed and God has always seen noble side.
In addition, we also get peace of mind if we have patience. This is because, if we persevere we will not rush to do something. We will do these things more carefully. This situation will create a sense of calm and peace without feeling pressured. For example, if we persevere in doing the job, we will have succeeded because of the attitudes fostered patience.
In conclusion, long-suffering brought many benefits to us. It is not wrong if we keep practicing this behavior in our daily lives. This is because God is always giving his servants a great benefit of the vast and ever lasting out of the world to the hereafter. We also get the blessings of life if we keep practicing this behavior.
Showing posts with label kesabaran. Show all posts

18 June 2011
03 June 2011
Artikel Motivasi - Kesabaran penting dalam kehidupan - Why Patience is Important
Kesabaran penting dalam kehidupan
Kesabaran merupakan asas keimanan kepada seseorang muslim. Kesabaran lahir dari hati yang suci dan ikhlas serta tenang menghadapi segala-galanya dengan tenang dan tabah. Kesabaran juga menjadi asas kepada kehidupan seseorang dalam menjalani kehidupan seharian tanpa kesabaran segala pekerjaan yang dilakukan mungkin akan mengalami kerugian. Seseorang manusia pasti akan melakukan sesuatu di luar kawalan manusia sekiranya konsep kesabaran tidak diaplikasikan didalam kehidupan mereka. Kerana itu banyak perkara yang tidak diingini ‘hadir’ dalam kehidupan manusia. Kesabaran tidak hanya tertumpu dan terbatas dengan gerak daya yang perlahan sahaja tetapi ianya membawa banyak maksud. Kesabaran hati juga memainkan peranan paling penting dalam kehidupan manusia.
Hati yang sabar akan tenang menghadapi segala liku-liku hidup yang kian mencabar dan mungkin boleh membuatkan seseorang hilang kewarasan jika tidak dikawal mengikut cara yang betul. Didalam konsep keimanan pula, kesabaran menjadi asas paling penting kerana ianya terbukti di dalam perlaksanaan solat fardhu mahupun sunat. Solat yang khusyuk lahir dari hati yang sabar kerana setiap pergerakan yang di lakukan memupuk sikap kita supaya tidak tergesa-gesa dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Tidak dinafikan bahawa sifat pemarah memang ada dalam diri manusia dan itu adalah normal sepertimana normalnya juga seorang suami yang ingin untuk beristeri dua dan sebagainya.
Kebetulan juga diri saya sendiri juga boleh dikategori sebagai seorang yang pemarah. Namun begitu sedikit demi sedikit ilmu yang dicari dan saya terima sikap pemarah saya kian berkurangan Sikap pemarah sebenarnya ini tidak dapat dibuang dari setiap diri manusia tetapi kalau boleh kita harus menjauhi perasaan marah dan lebihkan banyak bersabar. Sepertimana kata pepatah inggeris ` there is no point losing your temper ` yang bermaksud kemarahan akan membuat sebarang masalah menjadi kusut.
Ada yang mampu menghadapi kesusahan dengan perasaan tenang. Namun, ada pula orang yang menghadapi persoalan kecil saja dianggapnya begitu besar. Semuanya bergantung pada kekuatan iman seseorang. Pada dasarnya, tabiat manusia yang pelbagai seperti tenang, cepat dan lambat, bersih dan kotor, berhubungan erat dengan keteguhan dan kesabarannya berinteraksi dengan orang lain. Orang yang memiliki keteguhan iman akan menghadapi orang lain dengan sikap pemaaf, tenang dan lapang dada.
Adakalanya, kita merasa begitu marah dengan seseorang yang menghina diri kita. Kemarahan kita begitu memuncak seolah jiwa kita hilang kesedaran. Kita merasakan tidak lagi mampu menerima penghinaan itu dan sampai satu saat kita berasa marah dan berfikir di luar kewarasan sehingga boleh menimbulkan pertumpahan darah. Oleh itu bersabarlah kamu setiap masa, Sesungguhnya kesabaran itu membawa kepada keharmonian hidup serta menjadikan hidup kita lebih sempurna dari sebelumnya.
Patience crucial in the life
Patience is the foundation of faith to a Muslim. Patience was born from a pure heart and sincere and calm everything is calm and resolute. Patience is also fundamental to the life of someone in their daily life without the patience of all the work done may be a loss. A man must be doing something outside of human control if the concept of tolerance is not applied in their lives. Because of the many undesirable 'present' in human life. Patience is not only directed and limited by the slow motion power but it brings a lot of meaning. Patience liver also plays important roles in human life.
Heart patient will calmly face the vagaries of life are more challenging and may make a person lose his sanity, if not properly controlled manner. In the concept of faith, the patience of the most important basis for it is evident in the implementation of obligatory or supererogatory prayers. Prayer of humble birth of a heart patient because every movement we do in fostering the attitude that in no hurry to do a job. There is no doubt that there is grumpy nature in man and its normal as husband wants to get remarried again.
Incidentally I also can be categorized as an ill-tempered. However a little knowledge is sought and I received my grumpy attitude declining real grumpy attitude cannot be removed from any human being, but if possible we should avoid a lot of anger and chosen to be patient. As the saying goes English ` there is no point losing your temper ` which means that the anger will make the problem go haywire.
Some are able to face adversity with a sense of calm. However, there are people who are facing small problem considers only so big. Everything depends on the strength of a person of faith. In essence, a variety of human nature as a quiet, fast and slow, clean and dirty, is closely related to the strength and patience to interact with others. People who have strong faith in the face of others by forgiving attitude, calm and relieved.
Sometimes, we feel so angry with someone who insults us. Our anger was heightened as we have lost our soul awareness. We feel no longer able to accept such humiliation and angry when we think outside the sanity that can lead to bloodshed. So be patient all the time, patience would surely lead to harmony in life and make our lives better than ever.

1551
29 January 2011
Artikel motivasi - Perlunya Kita Menjadi Sabar
Kesabaran ialah sifat yang dipuji oleh semua agama di dunia dan diakui kebaikannya oleh para ilmuan,raja dan pentadbir. Orang yang sabar menerima segala cabaran dengan tenang dan memikirkannya dengan teratur. Semangat ketabahan yang ada pada seorang yang sabar itu menunjukkan kewibawaannya dalam menjalankan tugas, keberaniannya menghadapi dugaan dan kepercayaan terhadap matlamat yang perlu dicapai.
Terdapat beberapa kesan positif untuk kesabaran. Antaranya seseorang akan tenang menghadapi masalah yang rumit, berani menerima cabaran yang terdapat dalam kehidupan mereka, sentiasa mengamalkan sifat pemaaf dan berhemah tinggi serta cermat dalam tutur kata. Sebagai contohnya, seseorang pegawai yang mempunyai sifat kesabaran, ketabahan dan kerajinan semasa menjalankan tugasnya dengan baik. Beliau mungkin akan menjadi model untuk orang lain dan menerima ganjaran seperti kenaikan pangkat. Contoh yang seterusnya, seseorang itu dapat mengelakkan kesilapan dan kesalahan dalam membuat pertimbangan terhadap setiap masalah. Masalah itu disiasat, dianalisis serta diberi pertimbangan yang wajar sebelum sesuatu ketetapan atau keputusan dibuat. Insan yang mengamalkan sifat kesabaran akan selalu tenang, berani dan mempunyai perhitungan jauh yang dapat melahirkan ketelitian dan cermat dalam membuat keputusan. Contoh yang terakhir ialah sifat kesabaran akan menyebabkan seseorang menjadi bertimbang rasa dan dapat mengelak dari sifat gopoh. Misalnya, jika sesuatu kerja terlalu hendak cepat disiapkan semata-mata untuk memuaskan kemahuan sendiri akan menimbulkan ketegangan dan menyebabkan kerja tidak sempurna. Hal in akan membawa salah faham dan permusuhan.
Apakah akibatnya jika seseorang iru tidak mempunyai sifat kesabaran? Orang yang tidak sabar selalu mengubah pendirian dan keputusan, tidak sanggup berkorban, takut menghadapi cabaran, lekas mengalah, berpandangan sempit, tidak tahan menghadapi kesusahan dan tidak bertanggungjawab. Sebagai contohnya, amalan negatif akan menyebabkan orang tersebut mempunyai sifat pemarah yang melahirkan perilaku buruk seperti cepat mencari kesalahan orang lain dan memaki hamun orang lain, walaupun perkara yang dimarahkan itu kecil sahaja. Seterusnya, seseorang itu akan mencari jalan keluar yang tidak tepat untuk mengatasi masalah seperti mengambil dadah, minum arak dan berjudi yang akan mendatangkan kemudaratan. Tanpa sifat kesabaran juga seseorang akan berasa sukar dan lemah semangat bila menerima cabaran besar dalam menjalankan tugas. Di samping itu, sifat lekas mengalah boleh menghalang peningkatan produktiviti dan kualiti.
Kesimpulannya, sifat kesabaran memang mendatangkan manfaat dan faedah kepada insan jika dipegang dengan betul. Oleh itu, sifat kesabaran haruslah ditanam dalam jiwa masyarakat kita supaya semua orang dapat menikmati kebaikannya bersama-sama. Pemimpin negara haruslah memikirkan bagaimana golongan remaja yang merupakan modal insan negara pada masa hadapan boleh disemai dengan sifat integriti , berwawasan dan dan kesabaran.

Subscribe to:
Posts (Atom)