Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

16 February 2011

Motivasi Wanita dan Suri Rumah - Lima Panduan Bagaimana Membina Sikap Sentiasa Bersyukur

Rasa syukur yang selalu dipanjatkan dengan sepenuh hati akan memberi kesan tersendiri pada kita. Perbezaannya ketara. kita akan jadi girang, bahagia, bersemangat.

Berikut adalah lima petua bagaimana untuk merasai impak sikap bersyukur,khas bagi seorang wanita.

Panduan 1: Tiap kali kita bangun tidur di awal pagi hari, luahkan syukur.

Ucap syukur oleh sebab kita boleh tidur malam semalam kita boleh rehatkan tubuh kita. Nyatakan rasa syukur kerana kita masih hidup saat ini, kerana kita boleh sahaja meninggal dunia waktu sedang tidur. Sapa-sapa saja berisiko besar untuk mati ketika tengah tidur.Setelah bangun tidur, ucapkan syukur. Tetapkan azam di dalam hati kita hendak dapat tahap paling baik dalam apa jua hal yang kita lakukan hari ini.

Panduan 2. Saat kita menyediakan makanan dan minuman bagi pasangan serta anak, luahkan syukur.

Waktu kita sibuk menyediakan makan untuk suami serta anak-anak, tanamkan niat untuk membahagiakan hati mereka. Mereka bahagia merasai jamuan kita, kesannya kita akan aman sama. Bila terlihat senyuman mereka, luahkan syukur di dalam jiwa oleh sebab kita berjaya menggirangkan jiwa mereka bersama air tangan kita. Usah pertikaikan merasa letih, mengantuk, tidak kuat badan, malas atau rasa terpaksa. Hadirkan syukur pada Tuhan oleh sebab kita ada seorang pasangan yang menyangi kita (dan bagi kita sayangi) serta anak sebagai penghias hidup.

Panduan 3. Lihat sekeliling kita, cari keindahan di sebaliknya.

Hidup kita menarik sebenarnya, cuma kita tak nampak selama ini. Pandang sekeliling kita, sekeliling rumah kita, bunga-bunga kita, dengar kicauan burung, rasai desiran angin, perolehi kehijauan dedaunan. Rasai ketenangan saat kita melihat bersama-sama itu. Kemudian, luahkan rasa syukur kerana kita diberi ruang menikmati keindahan alam.

Panduan 4. Jadikan tugasan sebagai peluang untuk kita berbakti.

Seorang suri rumah, pastinya sungguh sibuk. Menyediakan hidangan, mengemas, mencuci, menghias. kita pasti penuh sibuk dengan tugas yang perlu dilakukan! Jika di lihat dari perspektif lain, kerja seorang suri rumah pada hakikatnya adalah ruang untuk dia beroleh manafaat di akhirat. Tanamkan niat dalam jiwa kita mempraktikkannya dalam kerja kita dengan bakti kepada pasangan, kepada anak, khidmat kepada famili kita keseluruhannya. Rajinkan menghasilkan energi, rajinkan main peranan. Lakukan kesemuanya dengan kasih sayang. Apa yang kita curahkan, kita akan dapat semula. Yakinlah, tatkala suami kita puas hati dengan apa yang kita buat, anak-anak menyanjung kerja kuat kita, hati kita pastinya gembira dibuatnya. Syukurilah semua itu!

Panduan 5. Kenang sentiasa hal-hal yang kita syukuri.

Ramai orang jadi tidak bersemangat sebab fikiran mereka disesakkan bersama masalah duniawi. Kesannya, mereka jadi tidak tentu hala, berasa tidak selesa. Mungkin kita pernah mengalami hal yang sama. Fikiran kita sesak bersama hal-hal di pejabat, perangai memualkan rakan sekerja, tugasan bertimbun,perangai manusia-manusia yang berurusan bersama kita, hutang piutang yang perlu dibayar, gaji yang tinggal beberapa, kemahuan yang semakin membanyak. Semua ini menjadikan kita tak ada semangat mahu meneruskan hidup. Kita disesakkan dengan tekanan-tekanan halus. kita cepat melenting, cepat marah dan pendendam.

Untuk jadi suri rumah bersemangat serta wanita bersemangat, maafkan dosa manusia lain sebelum kita tidur. Saat kita tidur, kemaafan tu akan membersih segala kemarahan dan rasa dendam dalam fikiran kita.

Esok paginya, kita bangun tidur dengan merasa girang. Nak bersyukur pun mudah kerana fikiran kita tidak sesak dengan hal-hal yang menyakitkan hati.

Bila kita sudah bangun serta melangsungkan kehidupan seharian, amalkan selalu merasa bersyukur. Hargai serta nyatakan terima kasih di dalam hati. Jaga orang-orang berhampiran kita serta hargai apa yang mereka lakukan pada kita. Jaga benda-perkara yang kita gunakan. Jaga hidangan ataupun minuman yang pasangan kita buatkan. Hargai kenakalan anak-anak di waktu pagi hari sebab dari gelagat sebegitulah, kita boleh tersenyum.

Meskipun kadang-kadang perangai mereka menyakitkan hati, namun kita pastinya tertawa! Hargai anak-anak kita dan ucap terima kasih padanya kerana menjadi penyeri hidup kita selama ini, walaupun dia dah besar panjang.

Seterusnya, untuk kita berani sentiasa, ingatlah hal-hal yang kita syukuri. Latih diri kita mempraktikkan hal ini. Kesannya pasti mujarab. Ada syarat. Usah kenang hal-hal buruk di saat lalu, walau cuma sesaat! Ia akan melenyapkan kegirangan kita secara automatik.

Disiplinkan fikiran. Perkara ni rumit untuk kali pertama. Sebaliknya apabila kita ringan tulang menghargai serta mensyukuri segala-galanya bermula dari hal-hal kecil, pastinya kita boleh membina kekuatan minda. kita akan mahir menghalang fikiran negatif lalu mengubahnya kepada perkara lain. Kawalan emosi kita juga akan jadi semakin kukuh.

06 February 2011

Artikel Motivasi - Kerajinan Membawa Kejayaan

Kerajinan adalah sangat penting dalam kehidupan kita. Kerajinan dikatakan adalah sesuatu yang tidak dapat dikecualikan dalam kehidupan kita. Dengan adanya sifat kerajinan, seseorang akan mudah untuk mendapat kejayaan. Jika anda ingin dapatkan kejayaan, anda haruslah rajin. Oleh itu, kerajinan adalah berkaitan rapat dengan kejayaan.

Sifat rajin berusaha itu perlu disemai pada setiap insan dari kecil. Ini dapat dibuktikan dari golongan-golongan yang berada di kalangan kita. Lihatlah guru-guru di hadapan kita, mereka adalah golongan yang rajin berusaha menimba ilmu dan pengetahuan dan akhirnya mereka  berjaya menjadi guru yang berjaya dan berdedikasi. Tanpa kerajinan, mereka tidak akan berjaya menjadi seorang guru. Tidak mungkin ada seorang boleh mendapat kejayaan tanpa rajin dan berusaha. Setiap kejayaan adalah datang daripada usaha dan kerajinan seseorang. 

Selain itu, sifat-sifat para perniaga juga boleh dicontohi. Para perniaga memulakan perniagaan mereka secara kecil-kecilan. Dengan sifat yang rajin dan berusaha semasa menjalankan perniagaan mereka, akhirnya mereka berjaya menjadi usahawan yang berjaya. Dengan itu, mereka akan mendapat keuntungan yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan mereka yang malas. Mereka juga berpeluang mengembangkan perniagaan mereka sehingga ke arah antarabangsa dengan adanya modal sampingan daripada keuntungan yang mereka dapatkan. Dengan usaha yang gigih, mereka boleh mencapai kejayaan. Mereka boleh mendapat keuntungan yang mereka inginkan dan dengan itu taraf hidup mereka dapat ditinggikan.

Sebagai seorang pelajar pula, kita perlu berusaha mencari ilmu untuk bekalan hidup. Pelajar yang berjaya perlu dicontohi bagaimana cara mereka berusaha dalam mencapai kejayaan. Ini dapat dibuktikan dengan contoh-contoh daripada kakak dan kawannya. Kakak saya adalah seorang yang bijak tetapi malas. Dia tidak pernah mengulangkaji sebelum peperiksaan. Walaupun dia mendapat kelulusan dalam STPM. Tetapi dia gagal mendapatkan universiti yang dia inginkan. Kawan kakak saya adalah seorang yang rajin. Dia sentiasa mengulangkaji sebaik sahaja pulang dari sekolah. Oleh itu. Dia mendapat keputusan yang cemerlang dalam STPM dan mendapat universiti yang dia inginkan.

Kesimpulannya,  tidak rugi jika kita sentiasa berusaha dan rajin belajar. Setiap insan yang rajin akan mendapat segala yang mereka inginkan. Oleh itu, dapatlah dikatakan sebenarnya kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa melakukan usaha yang bersungguh-sungguh. Setelah kita berjaya, kita akan dipandang tinggi dan mulia oleh masyarakat. Semailah sifat kerajinan pada setiap insan untuk mencapai kejayaan.

04 February 2011

Artikel Motivasi - Bersyukurlah Pasti Anda Dapat Faedahnya!

Sebagai manusia kita mestilah mengucapkan syukur kepada Yang Maha Kuasa kerana telah memberikan segala nikmat yang dikurniakan kepada kita. Kadang kala kita lupa untuk mengucapkan syukur kepada Allah dan lalai dalam melaksanakan segala perintah Allah. kita hanya akan mengingati Allah di saat berada dalam kedukaan dan tidak ada sesiapa lagi yang mampu menolong kita. Sewaktu kita berada di puncak, kita angkuh, sombong, dan bongkak. kita hanya mementingkan diri sendiri dan tidak memperdulikan hamba-hamba Allah yang berada dalam kesusahan. Kita hanya menutup mata dan buat tidak endah dengan apa yang berlaku di sekeliling kita. Kita hanya akan melakukan sesuatu perkara yang akan menguntungkan dan memanfaatkan kita.

Namun disaat kita berada dalam kesusahan kita mula akan berfikir dan mengingati kembali apa yang telah kita lakukan ketika mengecapi kesenangan. Kita akan mula mengingati Allah dan memohon keampunan terhadap dosa yang telah kita lakukan. kita akan cuba membetulkan segala kesilapan yang telah kita lakukan dan kita berazam untuk tidak akan mengulangi perbuatan tersebut. Pada waktu ini Allah akan ada untuk menolong dan membantu kita. Allah akan membantu semua hambaNya yang berada dalam kesusahan. Allah sangat menyayangi hambaNya dan akan membantu dan menolong hambanya yang meminta pertolonganNya dengan ikhlas dan jujur.

Sebagai manusia kita seharusnya mengucapkan syukur kepada Allah kerana telah memberikan nikmat yang tidak terhingga kepada kita dan juga akan tetap membantu kita apabila berada dalam kesusahan. Walaupun kadang kala kita lupa untuk mengingati Allah, namun Allah akan tetap menyayangi kita dan akan membantu kita.

Selain  itu juga kita mestilah berasa bersyukur dan berterima kasih kepada ibu bapa kita yang telah banyak berkorban masa, wang, dan tenaga untuk membesarkan kita dan seterusnya mendidik kita untuk menjadi orang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Ibu bapa adalah anugerah yang sangat bernilai kepada setiap manusia dan kita sebagai manusia mestilah sentiasa bersyukur dan menghargai ibu bapa kita.

Jadikan segala dugaan dan kesilapan yang kita lakukan dalam kehidupan kita sebagai panduan untuk menempuh kehidupan yang mendatang. Kadang-kala dugaan dan pengalaman pahit dalam kehidupan akan membantu untuk mematangkan kita dan akan menjadikan kita lebih menghargai erti kehidupan. Pengalaman yang pahit ini juga akan mampu mendidik kita untuk menjadi insan yang lebih  baik daripada sebelum ini dan akan lebih berhati-hati dalam melalui liku-liku kehidupan. kita mestilah sentiasa berhati-hati dalam mengharungi kehidupan yang akan datang kerana lebih banyak ranjau dan liku-liku akan kita hadapi kelak

02 February 2011

Artikel Motivasi - Membaca Banyak Faedahnya!

Buku merupakan rakan karib manusia. Kepentingannya ketara sekali dalam kehidupan manusia. Bagi pelajar-pelajar dan mahasiswa-mahasiswi, buku adalah harta yang paling dekat dengan mereka dan harus mereka sayangi. Daripada membaca, mereka dapat mempelajari sesuatu perkara atau pelajaran yang dapat menambahkan ilmu pengetahuan, sehingga membolehkan mereka berjaya dalam mencapai kejayaan dalam hidup mereka.

Untuk meluas dan menambahkan ilmu pengetahuan, kita boleh membaca buku, akhbar dan majalah. Misalnya, melalui pembacaan buku, kita dapat mengetahui cerita-cerita tentang manusia zaman purba dan cara hidup mereka. Buku-buku ini disediakan untuk mengumpulkan cerita-cerita tentang sejarah lama yang dikhaskan untuk generasi yang akan datang. Dengan itu, kejayaan-kejayaan manusia mencipta nama dalam pelbagai bidang dapat disimpan lama dan dijadikan panduan untuk generasi yang akan datang. Generasi baru dapat mengorak langkah dengan lebih cemerlang lagi bagi mencipta kejayaan yang baru.

Melalui membaca, kita boleh menggunakan ilmu yang kita perolehi daripada pembacaan untuk membantu diri sendiri atau orang lain di saat ditimpa kesusahan atau kesulitan. Contohnya, apabila kita bertemu dengan mangsa kemalangan yang memerlukan rawatan segera, kita boleh mempraktikkannya ke atas mangsa kemalangan tersebut disebabkan kita ada membaca buku tentang cara-cara rawatan kecemasan. Selain itu, ada juga bahan bacaan yang memberikan banyak pengajaran dan contoh teladan yang dapat membimbing kita dalam kehidupan. Malah juga ada buku yang boleh mengajar kita cara-cara untuk mengatasi masalah hidup dan memberikan jalan penyelesaian untuk memperbaiki taraf hidup kita.

Melalui kecanggihan sains dan teknologi, kita mampu memperolehi maklumat-maklumat terkini melalui Internet. Bahan bacaan ini akan membantu pembelajaran kita di dalam kelas. Di samping itu, kita dapat memahirkan pertuturan lisan dengan membaca. Kita juga mampu memperbaiki mutu penulisan kita dengan melahirkan karangan yang lebih mantap. Melalui pembacaan, kita akan mempunyai fikiran yang lebih matang dan dapat menghiburkan hati kita. Dengan membaca buku juga, kita dapat mengisi masa lapang yang ada dengan sepenuhnya.

Justeru itu, buku merupakan guru kedua bagi pelajar dan mahasiswa. Buku amat berguna kerana dapat menambah pemahaman mereka tentang pelajaran yang telah diperolehi daripada guru-guru di sekolah. Jika mereka tidak membaca buku, kejayaan tidak akan dicapai oleh mereka dengan cemerlangnya disebabkan oleh kekurangan pengetahuan.

Kesimpulannya, membaca dapat meluaskan ilmu pengetahuan dan pengalaman, maka setiap orang patut memupuk minat membaca sejak kecil lagi. Kita harus menjadikan amalan membaca sebagai amalan hidup kita.

31 January 2011

Artikel motivasi - Tips Untuk Menjaga Kesihatan Anda

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mentakrifkan perkataan sihat sebagai keadaan sempurna fizikal ,mental dan sosial dan tidak hanya ketika ketiadaan sakit. Bagi mana-mana organisma, kesihatan ialah satu bentuk homeostasis. Hal ini merupakan satu imbangan di mana tenaga dan jisim masuk dan keluar berada dalam keseimbangan yang membolehkan pertumbuhan. Kesihatan juga membawa erti kemampuan untuk meneruskan hidup dengan prospek positif. Untuk merasai sihat, seseorang itu perlu merasakan dirinya sihat dan tiada risiko dalaman atau luaran yang boleh mengganggu kesihatannya.

Sebenarnya, pengambilan makanan berkhasiat merupakan salah satu cara untuk memastikan kesihatan yang baik. Hal ini disebabkan punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah sebab tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat. Corak pemakanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi untuk menentukan keadaan kesihatan kita.

Selain itu, terdapat beberapa ciri makanan yang biasa diamalkan oleh masyarakat yang harus dielakkan kerana ia merupakan makanan yang tidak sihat. Pertama, makanan yang terlalu banyak lemak dan kolesterol seperti daging, telur, hasil tenusu, keju merupakan sumber protein, vitamin dan galian yang baik tetapi ia juga mengandungi banyak lemak dan kolesterol. Lemak boleh menyebabkan kegemukan, mendorong serangan jantung dan meningkatkan risiko serangan kanser sementara kolesterol menjadi punca utama sakit jantung.

Seterusnya, makanan yang terlalu banyak gula seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau serat. Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari tubuh. Di samping itu, memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan jantung dan sebagainya.

Ketiga, makan makanan yang terlalu banyak garam seperti makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan ringan bergaram. Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok. Sesetengah orang mungkin menghadapi masalah terlalu banyak air di bawah kulit (edema).

Secara kesimpulannya, setiap manusia mempunyai keperluan yang berbeza, oleh itu anda harus menentukan sendiri apa yang terbaik untuk diri anda. Untuk memastikan anda tidak makan berlebihan , anda mungkin perlu menimbang berat badan dari semasa ke semasa . kita juga perlu mengimbangi tenaga yang kita perolehi dengan tenaga yang digunakan untuk kegiatan seharian. Masyarakat perlu sentiasa ingat “makan makanan berkhasiat, jamin sihat selalu”.

29 January 2011

Artikel motivasi - Perlunya Kita Menjadi Sabar

Kesabaran ialah sifat yang dipuji oleh semua agama di dunia dan diakui kebaikannya oleh para ilmuan,raja dan pentadbir. Orang yang sabar menerima segala cabaran dengan tenang dan memikirkannya dengan teratur. Semangat ketabahan yang ada pada seorang yang sabar itu menunjukkan kewibawaannya dalam menjalankan tugas, keberaniannya menghadapi dugaan dan kepercayaan terhadap matlamat yang perlu dicapai.

Terdapat beberapa kesan positif untuk kesabaran. Antaranya seseorang akan tenang menghadapi masalah yang rumit, berani menerima cabaran yang terdapat dalam kehidupan mereka, sentiasa mengamalkan sifat pemaaf dan berhemah tinggi serta cermat dalam tutur kata. Sebagai contohnya, seseorang pegawai yang mempunyai sifat kesabaran, ketabahan dan kerajinan semasa menjalankan tugasnya dengan baik. Beliau mungkin akan menjadi model untuk orang lain dan menerima ganjaran seperti kenaikan pangkat. Contoh yang seterusnya,  seseorang itu dapat mengelakkan kesilapan dan kesalahan dalam membuat pertimbangan terhadap setiap masalah. Masalah itu disiasat, dianalisis serta diberi pertimbangan yang wajar sebelum sesuatu ketetapan atau keputusan dibuat. Insan yang mengamalkan sifat kesabaran akan selalu tenang, berani dan mempunyai perhitungan jauh yang dapat melahirkan ketelitian dan cermat dalam membuat keputusan. Contoh yang terakhir ialah sifat kesabaran akan menyebabkan seseorang menjadi bertimbang rasa dan dapat mengelak dari sifat gopoh. Misalnya, jika sesuatu kerja terlalu hendak cepat disiapkan semata-mata untuk memuaskan kemahuan sendiri akan menimbulkan ketegangan dan menyebabkan kerja tidak sempurna. Hal in akan membawa salah faham dan permusuhan.

Apakah akibatnya jika seseorang iru tidak mempunyai sifat kesabaran? Orang yang tidak sabar selalu mengubah pendirian dan keputusan, tidak sanggup berkorban, takut menghadapi cabaran, lekas mengalah, berpandangan sempit, tidak tahan menghadapi kesusahan dan tidak bertanggungjawab. Sebagai contohnya, amalan negatif akan menyebabkan orang tersebut mempunyai sifat pemarah yang melahirkan perilaku buruk seperti cepat mencari kesalahan orang lain dan memaki hamun orang lain, walaupun perkara yang dimarahkan itu kecil sahaja. Seterusnya, seseorang itu akan mencari jalan keluar yang tidak tepat untuk mengatasi masalah seperti mengambil dadah, minum arak dan berjudi yang akan mendatangkan kemudaratan.  Tanpa sifat kesabaran juga seseorang akan berasa sukar dan lemah semangat bila menerima cabaran besar dalam menjalankan tugas. Di samping itu, sifat lekas mengalah boleh menghalang peningkatan produktiviti dan kualiti.

Kesimpulannya, sifat kesabaran memang mendatangkan manfaat dan faedah kepada insan jika dipegang dengan betul. Oleh itu, sifat kesabaran haruslah ditanam  dalam jiwa masyarakat kita supaya semua orang dapat menikmati kebaikannya bersama-sama. Pemimpin negara haruslah memikirkan bagaimana golongan remaja yang merupakan modal insan negara pada masa hadapan boleh disemai dengan sifat integriti , berwawasan dan  dan kesabaran.

27 January 2011

Artikel motivasi - Kesihatan Cemerlang Hidup Riang!

Apa itu kesihatan? Mungkin ramai sudah tahu apa itu kesihatan.  Persatuan Kesihatan Sedunia telah mengemukakan maksud kesihatan yang lebih mendalam iaitu suatu keadaan kesempurnaan fizikal, mental, dan sosial yang mencukupi, dan bukannya hanya ketiadaan penyakit atau kelemahan. Untuk pengetahuan semua, kesihatan adalah sebahagian yang sangat penting dalam diri kita. Setiap orang mempunyai kesihatan yang tersendiri tidak kira baik ataupun tidak baik. Ia bergantung kepada bagaimana cara seseorang itu menguruskannya dengan baik. Kesihatan boleh dikategorikan kepada beberapa aspek seperti kesihatan dari segi mental, fizikal, jasmani dan rohani.

Pertamanya, kita lihat dari segi kesihatan fizikal. Tidak semestinya orang yang nampak sihat dari luaran tidak mempunyai masalah kesihatan. Kadang-kala, orang yang beginilah yang banyak mempunyai masalah kesihatan. Mereka jarang membuat pemeriksaan kesihatan sebagaimana yang telah ditetapkan kerana beranggapan bahawa mereka masih lagi sihat dan kuat. Tanpa mereka sedari, ini akan membahayakan lagi diri mereka sendiri. Kita seharusnya membuat pemeriksaan mengikut masa yang telah ditetapkan supaya kita dapat mengetahui tahap kesihatan diri kita. Dengan cara ini, kita dapat mengambil langkah berjaga- jaga apabila melakukan sesuatu sesuatu agar tidak menjejaskan kesihatan. Contohnya,  ramai yang beranggapan bahawa makanan boleh menyihatkan tubuh badan, tapi sebaliknya tidak. Dari kajian yang telah di buat, makanan sahaja   tidak cukup untuk menyihatkan tubuh badan seseorang, malah ia harus di susuli dengan bersenam. Dengan cara ini, keseimbangan tubuh badan akan tercapai. selain itu, cara pemakanan juga berbeza mengikut umur, jantina dan penyakit. Maka, kita haruslah berhati- hati semasa hendak memilih makanan. Pilihlah makanan mengikut keseimbangan masing- masing.

Setiap orang inginkan gaya hidup yang sihat. Maka, mereka haruslah mengubah cara kehidupan mereka dari yang tidak baik kepada yang lebih baik. Tidak rugi kalau seseorang itu mengubah cara hidupnya kerana setiap orang ingin menikmati kehidupan yang lebih sempurna dan ingin memiliki minda serta tubuh badan yang sihat. Mustahil ada yang mahu hidup dalam keadaan yang terumbang- ambing, penuh dengan masalah serta penyakit. Semuanya mahukan kehidupan yang mempunyai hala tuju yang elok serta jauh dari sebarang  penyakit yang merbahaya. Dengan cara ini, mereka akan lebih bersemangat dan berkeyakinan untuk terus hidup. Contohnya, kita dapat melihat  persekitaran sekeliling yang penuh dengan industri serta pembangunan yang tidak terkawal. Kita harus mengelak dari persekitaran yang boleh memudaratkan kesihatan seperti asap- asap kilang dan kenderaan. Ini dapat mengundang penyakit- penyakit seperti sakit paru- paru, batuk dan sebagainya. Maka,  tahap kesihatan kita akan semakin berkurangan jika berterusan seperti ini.

Selain itu, mata pelajaran Pendidikan Jasmani yang di ajar di sekolah-sekolah juga membantu dalam tumbesaran kanak- kanak. Minda mereka akan bertindak dengan cepat kerana otak mereka dapat berfungsi dengan cergas dan cerdas.

Kesimpulannya, terdapat banyak pilihan yang boleh membawa anda ke arah kehidupan yang sihat. Tetapi, semuanya bergantung kepada diri kita sendiri kerana kitalah yang akan menentukan pilihan- pilihan tersebut.
Maka, untuk mencapai kehidupan yang sihat, buatlah pilihan yang bijak agar berpeluang untuk mengecapi setiap detik dalam kehidupan anda.

26 January 2011

Motivasi cemerlang - Keseimbangan dalam hidup

Dalam artikel sebelum ni saya dah bercakap pasal keseimbangan. Perlunya kita beri perhatian kepada semua aspek hidup kita, 7 aspek yang dah dinyatakan sebelum ni.

Hari ini sayanak bercakap lagi pasal perkara ini dengan contoh yang berlaku dalam hidup saya sekarang ni.

Semenjak dua menjak ni saya agak sibuk sikit. Pulak tu otak pulak ligat bagi macam-macam idea. jadi tak menang tangan. Ni nak buat itu nak cuba. Akibatnya masa tak cukup. Tidur terpaksa dipendekkan. Sekarang ni dah 3 malam berturut-turut tidur hanya 4 jam. Bila tidur lewat bangun pagi pun rasa tak segar, nak bersenam pun malas. Lepas breakfast mata dah mula berat balik. Pagi-pagi dah jadi kurang produktif. Tapi sebab passion (enthusiasm)  tu tinggi, lawan jugak la rasa mengantuk tu.

Jadi sebenarnya apa yang saya buat ni sebenarnya counter productive. Tidur lewat kononnya nak buat macam-macam, nak tambah produktiviti. Tapi backfire balik sebab paginya rasa tak segar, tak boleh fikir dengan jelas.

Kesimpulannya, tidur kena cukup. Walau sibuk macamana sekali pun pastikan dapat rehat yang cukup. Kesihatan harus dijaga. Hubungan dengan keluarga, anak-anak juga harus diambilkira. Tapi kalau mata dah mengantuk, anak tanya sikit pun dah nak mengamuk :)

Ok kita sambung lagi, mengantuk ni..nak take a nap:)

25 January 2011

Motivasi cemerlang - jadilah BEST untuk menjadi terbaik!

Saya mahu berkongsi dengan anda semua satu formula motivasi untuk cemerlang dalam hidup. Formula ni saya dapat dari 1 buku omputih yang saya baca baru-baru ni :)
Penulis tu kata kalau nak cemerlang kita perlu jadi BEST!, to be the best  you have to be the BEST? apa yang dia maksudkan ialah B. E. S. T. tu adalah akronim kepada:

B - Balance (kesimbangan)
E - Enthusiasm (semangat)
S- Single-mindedness (fokus)
T - Tenacity (ecekalan, istiqamah) 

Yang pertama tu B - Balance (keseimbangan). Kita perlu keseimbangan dalam setiap aspek hidup kita. Ada lebih kurang 7 area hidup kita iaitu:
  1. Kesihatan
  2. Spiritual
  3. Mental/intelektual
  4. Emosi
  5. Kewangan
  6. Sosial / hubungan
  7. Riadah
Pastikan ketujuh-tujuh area ini diberi perhatian yang sepatutnya. Contohnya kalau kita asyik sibuk dengan matlamat kewangan sehingga mengabaikan kesihatan atau hubungan kita tidak bagus juga. Kalau kita berjaya, kaya raya tapi keluarga porak peranda, hidup kita tidak akan gembira. Jadi pastikan hidup kita seimbang.

E - Enthusiasm (semangat) - Untuk berjaya dalam apa saja lapangan kita perlu ada semangat yang kuat. Semangat untuk hidup. Semangat untuk berjaya. Apa benda sekalipun kalau dibuat tanpa semangat yang membara, bak kata orang macam melepaskan batuk di tangga, pasti hasilnya tak ke mana. Jadi sebelum kita nak memulakan sesuatu tugas projek, pastikan kita mempunyai semangat atau tugas tersebut dapat memberi kita motivasi atau semangat kepada kita! 

S- Single-mindedness (fokus) - Fokus, fokus, fokus!. Tak ada yang lebih penting untuk berjaya selain memberi fokus sepenuhnya pada tugas kita. Omputih kata what you focus on expands. Masalahnya kita ni selalu hilang fokus. Tambah-tambah jenis macam saya ni yang minat banyak benda. Ini nak buat, itu nak buat..alih-alih semuanya tak jadi:) . Sebenarnya tak salah untuk buat banyak benda dalam hidup kita ni,  tapi kena fokus 1 benda dalam 1 masa. Maksudnya kalau main main, kalau belajar belajar kalau kerja kerja! Masa solat kena betul-betul kusyuk. Masa tulis blog kena tulis blog, jangan dok FB, nanti artikel tak siap tulis :) , Akhir sekali...

T - Tenacity (kecekalan, istiqamah) - Istqamah ni memang cukup penting. Ikut pengalaman saya yang sikit ni, nak mulakan sesuatu projek atau tugasan tak ada masalah, memang bermotivasi, yang jadi masalahnya nak maintain terus dengan projek tu sampai betul-betul berjaya. Yang jadi pada saya, bila satu-satu projek tu dah kick off, lepas tu macam lambat sikit nak nampak hasil, saya mudah hilang minat sikit-sikit, lama-lama hilang terus. Projek abandoned.. tak pun mendatar macam tu jer.. Ni ada kaitan jugak dengan fokus ni..

Kesimpulannya  nak jadi terbaik, jadilah manusia yang seimbang, bersemangat, fokus dan istiqamah.
Ok dah panjang lebar saya berceloteh. Apa pendapat anda dengan tips motivasi ni? setuju? tak bersetuju? Ayuh kita berkomentar :)