Showing posts with label kesyukuran. Show all posts
Showing posts with label kesyukuran. Show all posts

08 March 2011

Syarat Syarat Untuk Rasa Kesyukuran Memberi Impak Di Dalam Jiwa

Di bawah ini ialah 2 syarat bagi senarai rasa syukur memberi impak di hati kita:

1.Kedamaian

2.Kemaafan.

Latih diri untuk bertenang-tenang selalu. Kelam-kabut serta gusar ialah keperibadian negatif oleh sebab ia dikaitkan dengan sifat syaitan. Kedamaian serta ketenangan hati ialah keperibadian positif kerana ia dikaitkan bersama keperibadian malaikat juga keperibadian manusia soleh.

Bila kita duduk, berdiri, berbaring, memandu, buat sesuatu tugas atau tengah bersantai-santai di hadapan tv, cuba lakukan sambil bertenang iaitu bersama relakskan diri. Jika kita sudah merasa relaks, berusaha bagi rasa lenih relaks, sesudah itu lebih relaks lagi dari yang tadi.

Elak sikap suka menyindir serta sikap melepas geram (atau berasa tak puas hati) melalui sindiran boleh menghapuskan rasa kegirangan kita, umpama nila setitik hancur santan sebelanga. Setiap kali kita membina Senarai Rasa syukur atau Nota Terima Kasih, ia tak akan menghasilkan impak apa-apa di jiwa, kesyukuran yang Anda ucap bagai terhalang-halang jadinya.

Maafkan kesalahan orang lain pada Anda. Maafkan, lupakan, permit it to pass!. Merasa rasa marah ibarat batu besar yang tidak berhenti jatuh suatu persatu daripada atas bila mendaki ke puncak bukit. Pilihlah untuk menjadi insan pemaaf sebab kita akan jadi lebih bahagia, lebih gembira. Syaratnya, jangan teringatkan selalu hal-hal menyakitkan hati, tapi kenang sentiasa hal-hal yang Anda syukuri kemudian lafazkan ‘terima kasih yang Maha Esa’. Hati banyak suka, tak gitu?

04 February 2011

Artikel Motivasi - Bersyukurlah Pasti Anda Dapat Faedahnya!

Sebagai manusia kita mestilah mengucapkan syukur kepada Yang Maha Kuasa kerana telah memberikan segala nikmat yang dikurniakan kepada kita. Kadang kala kita lupa untuk mengucapkan syukur kepada Allah dan lalai dalam melaksanakan segala perintah Allah. kita hanya akan mengingati Allah di saat berada dalam kedukaan dan tidak ada sesiapa lagi yang mampu menolong kita. Sewaktu kita berada di puncak, kita angkuh, sombong, dan bongkak. kita hanya mementingkan diri sendiri dan tidak memperdulikan hamba-hamba Allah yang berada dalam kesusahan. Kita hanya menutup mata dan buat tidak endah dengan apa yang berlaku di sekeliling kita. Kita hanya akan melakukan sesuatu perkara yang akan menguntungkan dan memanfaatkan kita.

Namun disaat kita berada dalam kesusahan kita mula akan berfikir dan mengingati kembali apa yang telah kita lakukan ketika mengecapi kesenangan. Kita akan mula mengingati Allah dan memohon keampunan terhadap dosa yang telah kita lakukan. kita akan cuba membetulkan segala kesilapan yang telah kita lakukan dan kita berazam untuk tidak akan mengulangi perbuatan tersebut. Pada waktu ini Allah akan ada untuk menolong dan membantu kita. Allah akan membantu semua hambaNya yang berada dalam kesusahan. Allah sangat menyayangi hambaNya dan akan membantu dan menolong hambanya yang meminta pertolonganNya dengan ikhlas dan jujur.

Sebagai manusia kita seharusnya mengucapkan syukur kepada Allah kerana telah memberikan nikmat yang tidak terhingga kepada kita dan juga akan tetap membantu kita apabila berada dalam kesusahan. Walaupun kadang kala kita lupa untuk mengingati Allah, namun Allah akan tetap menyayangi kita dan akan membantu kita.

Selain  itu juga kita mestilah berasa bersyukur dan berterima kasih kepada ibu bapa kita yang telah banyak berkorban masa, wang, dan tenaga untuk membesarkan kita dan seterusnya mendidik kita untuk menjadi orang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Ibu bapa adalah anugerah yang sangat bernilai kepada setiap manusia dan kita sebagai manusia mestilah sentiasa bersyukur dan menghargai ibu bapa kita.

Jadikan segala dugaan dan kesilapan yang kita lakukan dalam kehidupan kita sebagai panduan untuk menempuh kehidupan yang mendatang. Kadang-kala dugaan dan pengalaman pahit dalam kehidupan akan membantu untuk mematangkan kita dan akan menjadikan kita lebih menghargai erti kehidupan. Pengalaman yang pahit ini juga akan mampu mendidik kita untuk menjadi insan yang lebih  baik daripada sebelum ini dan akan lebih berhati-hati dalam melalui liku-liku kehidupan. kita mestilah sentiasa berhati-hati dalam mengharungi kehidupan yang akan datang kerana lebih banyak ranjau dan liku-liku akan kita hadapi kelak