26 June 2011

Artikel Motivasi- Kerajinan Membawa Kejayaan - Harwork leads to Success

Kerajinan Membawa Kejayaan

Kerajinan adalah sangat penting dalam kehidupan kita. Kerajinan dikatakan adalah sesuatu yang tidak dapat dikecualikan dalam kehidupan kita. Kerajinan boleh diertikan sebagai usaha yang berterusan penuh dengan semangat , ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan budaya maju dalam melakukan sesuatu perkara.   Dengan adanya sifat kerajinan, seseorang akan mudah untuk mendapat kejayaan. Jika kita ingin mendapatkan kejayaan, kita haruslah rajin.  Oleh itu , kerajinan adalah berkaitan rapat dengan kejayaan. 

Sifat rajin berusaha itu perlu disemai dalam diri  setiap insan sedari kecil lagi. Ini dapat dibuktikan dari golongan-golongan yang berada dalam kalangan kita. Lihatlah guru-guru di hadapan kita, mereka adalah golongan yang rajin berusaha menimba ilmu dan pengetahuan dan akhirnya mereka  berjaya menjadi guru yang berjaya dan berdedikasi. Tanpa kerajinan, mereka tidak akan berjaya menjadi seorang guru. Tidak mungkin ada seorang boleh mendapat kejayaan tanpa rajin dan berusaha. Setiap kejayaan adalah datang daripada usaha dan kerajinan seseorang. 

Selain itu, sifat-sifat para perniaga juga boleh dicontohi. Para perniaga memulakan perniagaan mereka secara kecil-kecilan. Dengan sifat yang rajin dan berusaha semasa menjalankan perniagaan mereka, akhirnya mereka berjaya menjadi usahawan yang berjaya. Dengan itu, mereka akan mendapat keuntungan yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan mereka yang malas. Mereka juga berpeluang mengembangkan perniagaan mereka sehingga ke peringkat  antarabangsa dengan adanya modal sampingan daripada keuntungan yang mereka dapatkan. Dengan usaha yang gigih, mereka boleh mencapai kejayaan. Mereka boleh mendapat keuntungan yang mereka inginkan dan dengan itu taraf hidup mereka dapat ditingkatkan.

Sebagai seorang pelajar pula, kita perlu berusaha mencari ilmu untuk bekalan hidup. Pelajar yang berjaya perlu dicontohi seperti  bagaimana mereka berusaha untuk   mencapai kejayaan. Ini dapat dibuktikan dengan contoh-contoh daripada kawan saya. Kawan saya merupakan seorang pelajar  yang bijak tetapi agak pemalas. Dia tidak pernah mengulangkaji sebelum menduduki  peperiksaan. Walaupun dia lulus  dalam peperiksaan  STPM. Tetapi dia gagal menempatkan diri ke universiti yang dia inginkan kerana keputusannya yang hanya sekadar cukup-cukup makan itu. Sebagai contoh adik saya pula  adalah seorang yang rajin. Dia sentiasa mengulangkaji  dan membuat kerja sekolah yang diberi sebaik sahaja pulang dari sekolah. dia tidak menangguhkan kerja yang diberikan oleh guru dan sentiasa melakukan ulangkaji.  Oleh itu. Dia mendapat keputusan yang cemerlang dalam STPM dan mendapat universiti yang dia inginkan.

Kesimpulannya,  tidak rugi jika kita sentiasa berusaha dan rajin belajar. Setiap insan yang rajin akan mendapat segala yang mereka inginkan. Oleh itu, dapatlah dikatakan sebenarnya kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa melakukan usaha yang bersungguh-sungguh.Setelah kita berjaya, kita akan dipandang tinggi dan mulia oleh masyarakat. Sifat rajin perlu disemai didalam diri setiap insan untuk mencapai kejayaan yang diingini. 
----------

Hard work is very important in our lives. Hard work said is something that cannot be excluded in our lives. Crafts can be construed as a continuing effort full of passion, persistence, perseverance, hard work, dedication and advanced culture of doing things. With the nature of craft, a person would be easy to get success. If we want to get success, we must be diligent. Thus, the hard work is closely related to success.

Nature of the necessary hard work to inculcate within every individual since childhood. This can be proved from the groups that are among us. Look at teachers in front of us, they are people who work hard to gain knowledge and wisdom, and eventually they became successful and dedicated teachers. Without diligence, they would not be able to become a teacher. There can be no one can get success without hard and trying. Every success is coming from the business and craft a


In addition, the properties of the business can also be emulated. The business they started the business on a small scale. By the nature of the hard and trying time running their business, they finally managed to become a successful entrepreneur. As such, they will have higher profits compared to those who are lazy. They also have the opportunity to expand their business internationally by the side of the capital gains they earn. With persistent efforts, they can achieve success. They can get benefits they want and that their lives can be improved.

As a student, we must strive to seek knowledge for the supply of life. Students who need to be emulated, such as how they strive for success. This can be proved by examples from my friend. My friend is a student who is intelligent but rather lazy. He never revises before taking the examination. Although he passed the STPM examination. But he failed to put them into the university because he wants a decision is simply just enough to eat it. For example, my brother was most diligent. He was always studying and making the school work given immediately after coming home from school. He did not suspend work provided by teachers and always do revision. So, He got excellent results in STPM and get the university he wanted.

In conclusion, no loss if we keep trying and hard studying. Every human being hardworking will get everything they want. Therefore, it can be said to be true success will not come without doing serious business. Once we succeed, we will be highly regarded and revered by the public. Nature should be diligent in sowing every individual to achieve the desired success




18 June 2011

Artikel Motivasi- Kelebihan Bersabar The advantages of Patience

    Sabar bermaksud sentiasa menahan diri daripada dipengaruhi sesuatu yang tidak baik. Sebagai contoh rasa marah, hasad dengki dan sebagainya.

Sifat sabar ini juga boleh membawa kepada kebaikan dan mempunyai banyak kelebihan.  Antara kelebihan bersabar ialah dapat mengawal diri daripada sifat marah, mendapat keredhaan Allah S.W.T dan memperoleh ketenangan jiwa.

    Orang yang bersabar sentiasa dapat mengawal diri daripada dipengaruhi perasan marah. Kesabaran amat penting terutamanya apabila seseorang itu mempunyai sikap marah yang tinggi. Jika kita sentiasa bersabar, kita akan berjaya mengawal diri daripada meluahkan rasa marah dan tidak puas hati kepada orang lain. Sekaligus dapat memelihara hubungan kita dengan orang lain. Sikap ini sentiasa dituntut dalam Islam.

    Kita juga akan mendapat keredhaan daripada Allah S.W.T sekiranya kita sentiasa bersabar. Hal ini kerana, Allah amat mengasihi hambanya yang sentiasa bersabar. Kita tidak akan mendapat sebarang kerugian sekiranya kita sentiasa bersabar. Malahan kita akan dirahmati Allah S.W.T dan sentiasa dipandang mulia disisiNya.

    Selain itu, kita juga akan memperoleh ketenangan jiwa jika kita sentiasa bersabar. Hal ini kerana, jika kita bersabar kita tidak akan terburu-buru dalam melakukan sesuatu. Kita akan melakukan perkara tersebut dengan lebih berhati-hati. Keadaan ini akan mewujudkan rasa tenang dan aman tanpa rasa tertekan. Sebagai contoh, jika kita bersabar dalam melakukan pekerjaan, kita akan mendapat kejayaan hasil daripada sikap sabar yang dipupuk.

    Kesimpulannya, sikap sabar membawa banyak kebaikan kepada kita. Tidak salah sekiranya kita sentiasa mengamalkan sikap ini dalam kehidupan harian kita. Hal ini kerana, Allah S.W.T sentiasa meberikan hambanya manfaat yang besar lagi luas dan sentiasa berpanjangan dari dunia hingga akhirat. Kita
juga akan mendapar keberkatan hidup sekiranya kita sentiasa mengamalkan sikap ini.

---


    Patience means always refrain from something that is not affected either. For example, anger, jealousy and so forth. The nature of this patient may also lead to good and has many advantages. Among the advantages of patient is able to control ourselves from anger, to please Allah SWT and get peace of mind.

    People who are patient, always able to control myself from feeling angry affected. Patience is very important, especially when a person has high angry. If we have patience, we will be able to control themselves from expressing their anger and dissatisfaction to others. At the same time to maintain our relationships with others. This attitude is always required in Islam.

    We also get the pleasure of Allah SWT if we keep patience. This is because, Allah loves the servant who was always patient. We will not have any losses if we keep patience. In fact we will be blessed and God has always seen noble side.

    In addition, we also get peace of mind if we have patience. This is because, if we persevere we will not rush to do something. We will do these things more carefully. This situation will create a sense of calm and peace without feeling pressured. For example, if we persevere in doing the job, we will have succeeded because of the attitudes fostered patience.

    In conclusion, long-suffering brought many benefits to us. It is not wrong if we keep practicing this behavior in our daily lives. This is because God is always giving his servants a great benefit of the vast and ever lasting out of the world to the hereafter. We also get the blessings of life if we keep practicing this behavior.





11 June 2011

Artikel Motivasi - Keburukan dan Kelebihan Kemewahan - Advantages and Disadvantages of Wealth

Keburukan dan Kelebihan Kemewahan

Kemewahan bermaksud kehidupan yang sentiasa dilengkapi dengan kekayaan. Sebagai contoh, mempunyai pangkat, harta dan kehidupan yang baik.

Terdapat banyak kelebihan jika seseorang hidup dalam kemewahan seperti boleh membantu orang yang memerlukan, membuat amal dan sebagainya. Namun begitu, terdapat juga keburukan jika kita hidup dalam kemewahan. Antaranya ialah, kita akan menjadi sombong dan angkuh. Kita juga akan lupa untuk melakukan
kebaikan di dunia.

Antara kebaikan hidup dalam kemewahan ialah kita boleh membantu orang yang memerlukan. Sebagai contoh, membantu fakir miskin dengan memberikan makanan dan pakaian kepada mereka.  Kita akan mendapat ganjaran daripada kebaikan yang kita lakukan. Kita juga akan disenangi oleh orang disekeliling
kita. Dengan bantuan dan amal yang kita lakukan, kehidupan kita juga akan lebih tenang dan gembira.

Namun begitu, kehidupan yang mewah juga membawa kepada keburukan. Antaranya ialah kita akan berasa bangga dengan apa yang kita ada berbanding dengan orang lain. Keadaan ini akan mewujudkan sikap riak dalam kehidupan kita. Sikap menunjuk-nunjuk juga akan timbul hasil daripada kemewahan yang kita perolehi.
Keadaan ini akan mengakibatkan hubungan kita dengan orang lain akan menjadi renggang.

Selain itu, dengan kemewahan yang ada juga akan menyebabkan seseorang itu lupa untuk melakukan amal. Hal ini kerana, ornag itu akan sentiasa menggunakan kemewahan yang ada untuk membeli dan berbelanja ke jalan yang salah, sekaligus menyebabkan berlakunya pembaziran kewangan. Keadaan ini juga akan meyebabkan wujudnya sikap sombong dan tidak menghormati orang lain.

Kesimpulannya, kemewahan yang berlebihan membawa banyak keburukan berbanding kebaikan.  Sebaiknya kita perlulah hidup dalam kesederhanaan supaya kita tidak lupa untuk melakukan kebaikan bukan sahaja kepada diri dan keluarga malahan kepada orang sekeliling kita. Oleh itu, kita perlulah sentiasa memastikan diri kita tidak hanyut dengan kemewahan yang kita ada supaya kita dapat memperoleh kebahagiaan bukan sahaja di dunia malahan di akhirat kelak.

------

Title: Advantages and Disadvantages Wealth

Luxury living means that ever comes to wealth. For example, a rank, wealth and good life. There are many advantages if one can live in luxury, such as helping people in need, to charities and so forth. However, there are also disadvantages if we are living in luxury. Among these are, we will become proud and arrogant. We also will forget to do good in the world.

Among the advantages of living in luxury is that we can help those in need. For example, help the poor by providing food and clothing to them. We will get a reward of goodness that we do. We will also be liked by those around us. With the help and charity that we do, our lives will be more relaxed and happy.

However, the life of luxury as well as lead to disadvantages. Among them is that we will feel proud of what we are doing compared with others.

This situation will create ripples in the attitude of our lives. Showy attitude will also arise as a result of the luxuries that we have. This situation will result in our relations with others will be cold.

In addition, there are things of which would cause a person to forget to do good. This is because, the battle that will continue to use the wealth to buy and spend on the wrong road, thus causing financial wastage. This will result in a cocky attitude and no respect for other people.

In conclusion, the excessive luxury of bringing more harm than good. Should we have to live in simplicity so that we do not forget to do good not only for themselves and their families but also to those around us. Therefore, we must always ensure that we are not wash with the luxury that we have so that we can obtain not only the happiness in the world but also in the hereafter.

03 June 2011

Artikel Motivasi - Kesabaran penting dalam kehidupan - Why Patience is Important

Kesabaran penting dalam kehidupan

Kesabaran merupakan asas keimanan kepada seseorang muslim. Kesabaran lahir dari hati yang suci dan ikhlas serta tenang menghadapi segala-galanya dengan tenang dan tabah. Kesabaran juga menjadi asas kepada kehidupan seseorang dalam menjalani kehidupan seharian tanpa kesabaran segala pekerjaan yang dilakukan mungkin akan mengalami kerugian. Seseorang manusia pasti akan melakukan sesuatu di luar kawalan manusia sekiranya konsep kesabaran tidak diaplikasikan didalam kehidupan mereka. Kerana itu banyak perkara yang tidak diingini ‘hadir’ dalam kehidupan manusia. Kesabaran tidak hanya tertumpu dan terbatas dengan gerak daya yang perlahan sahaja tetapi ianya membawa banyak maksud. Kesabaran hati juga memainkan peranan paling penting dalam kehidupan manusia.

Hati yang sabar akan tenang menghadapi segala liku-liku hidup yang kian mencabar dan mungkin boleh membuatkan seseorang hilang kewarasan jika tidak dikawal mengikut cara yang betul. Didalam konsep keimanan pula, kesabaran menjadi asas paling penting kerana  ianya terbukti di dalam perlaksanaan solat fardhu mahupun sunat. Solat yang khusyuk lahir dari hati yang sabar kerana setiap pergerakan yang di lakukan memupuk sikap kita supaya tidak tergesa-gesa dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Tidak dinafikan bahawa sifat pemarah memang ada dalam diri manusia dan itu adalah normal sepertimana normalnya juga seorang suami yang ingin untuk beristeri dua dan sebagainya. 

Kebetulan juga  diri saya sendiri  juga boleh dikategori  sebagai seorang yang pemarah. Namun begitu sedikit demi sedikit ilmu yang dicari dan saya terima  sikap pemarah saya kian berkurangan  Sikap pemarah sebenarnya ini tidak dapat dibuang dari setiap diri manusia tetapi kalau boleh kita harus menjauhi perasaan marah dan lebihkan banyak bersabar.   Sepertimana kata pepatah inggeris ` there is no point losing your temper ` yang bermaksud kemarahan akan membuat sebarang masalah menjadi kusut.

 Ada yang mampu menghadapi kesusahan dengan perasaan tenang. Namun, ada pula orang yang menghadapi persoalan kecil saja dianggapnya begitu besar. Semuanya bergantung pada kekuatan iman seseorang. Pada dasarnya, tabiat manusia yang pelbagai  seperti tenang, cepat dan lambat, bersih dan kotor, berhubungan erat dengan keteguhan dan kesabarannya berinteraksi dengan orang lain. Orang yang memiliki keteguhan iman akan menghadapi orang lain dengan sikap pemaaf, tenang dan lapang dada.

Adakalanya, kita merasa begitu marah dengan seseorang yang menghina diri kita. Kemarahan kita begitu memuncak seolah jiwa kita hilang kesedaran. Kita merasakan  tidak lagi mampu menerima penghinaan itu dan sampai satu saat kita berasa marah dan berfikir di luar kewarasan sehingga boleh menimbulkan pertumpahan darah.  Oleh itu bersabarlah kamu setiap masa, Sesungguhnya kesabaran itu membawa kepada keharmonian hidup serta menjadikan hidup kita lebih sempurna dari sebelumnya. 

Patience crucial in the life

Patience is the foundation of faith to a Muslim.  Patience was born from a pure heart and sincere and calm everything is calm and resolute.  Patience is also fundamental to the life of someone in their daily life without the patience of all the work done may be a loss. A man must be doing something outside of human control if the concept of tolerance is not applied in their lives. Because of the many undesirable 'present' in human life. Patience is not only directed and limited by the slow motion power but it brings a lot of meaning.  Patience liver also plays important roles in human life. 

Heart patient will calmly face the vagaries of life are more challenging and may make a person lose his sanity, if not properly controlled manner. In the concept of faith, the patience of the most important basis for it is evident in the implementation of obligatory or supererogatory prayers.  Prayer of humble birth of a heart patient because every movement we do in fostering the attitude that in no hurry to do a job.  There is no doubt that there is grumpy nature in man and its normal as husband wants to get remarried again. 
Incidentally I also can be categorized as an ill-tempered.  However a little knowledge is sought and I received my grumpy attitude declining real grumpy attitude cannot be removed from any human being, but if possible we should avoid a lot of anger and chosen to be patient.  As the saying goes English ` there is no point losing your temper ` which means that the anger will make the problem go haywire.

Some are able to face adversity with a sense of calm. However, there are people who are facing small problem considers only so big. Everything depends on the strength of a person of faith. In essence, a variety of human nature as a quiet, fast and slow, clean and dirty, is closely related to the strength and patience to interact with others. People who have strong faith in the face of others by forgiving attitude, calm and relieved. 

Sometimes, we feel so angry with someone who insults us. Our anger was heightened as we have lost our soul awareness.  We feel no longer able to accept such humiliation and angry when we think outside the sanity that can lead to bloodshed.  So be patient all the time, patience would surely lead to harmony in life and make our lives better than ever.




17 May 2011

Artikel Motivasi - MENCARI KEMEWAHAN DUNIA JANGAN DILUPA KEMEWAHAN AKHIRAT.- Wealth in here and Hereafter

MENCARI KEMEWAHAN DUNIA JANGAN DILUPA KEMEWAHAN AKHIRAT.

Setiap orang pasti menginginkan kehidupan yang mewah. Namun banyak orang menempuhi jalan yang salah. Sebahagiannya menyangka bahawa kemewahan adalah dengan memiliki kereta mewah, telefon bimbit berjenama, memiliki rumah banglo bertingkat-tingkat, dapat melancong keseluruh dunia dan lain sebagainya. Mereka menyangka bahawa dengan dapat mencapai ini semua inilah yang dinamakan kemewahan. Namun apakah betul seperti itu?

Semua manusia berhak untuk menikmati kemewahan hidup di dunia ini. Sesungguhnya nikmat Allah S.W.T di dunia tiada hadnya. Jika kita merasakan sesuatu perkara ada hadnya, kita silap kerana sesuatu perkara itu tiada hadnya kecuali telah di tetapkan oleh Allah S.W.T seperti lelaki hanya di benarkan untuk berkahwin dengan 4 wanita. Kemewahan hidup adalah tiada had dan kita semua boleh mencapainya. Kita bercakap mengenai kemewahan, tetapi apakah maksud sebenar kemewahan? Kemewahan bermaksud semua yang kita  mahu boleh di tunaikan. Kemewahan merangkumi segala aspek kehidupan anda. Kita  malas untuk memandu, kita  boleh serahkan beban ini kepada pemandu. Kita  mahu makanan sedap, kita boleh membelinya dari tukang masak terhebat. Perasaan kemewahan di dunia adalah sama dengan ganjaran di syurga, yang menjadi perbezaannya adalah nikmat di syurga sudah tentulah berlipat kali ganda dari di dunia.

Apabila kita memulakan perniagaan, jangan menyempitkan pemikiran kita  dengan andaian untuk cepat kaya. Jika satu produk ada potensi yang tinggi untuk dimajukan , jangan malu untuk bersaing dengan penjual  yang sedia ada. Kemewahan tiada had. Misal kata peniaga yang memonopoli produk tersebut memperoleh sejuta ringgit keuntungan. Anda juga boleh mendapatnya. Kemewahan tiada had bermaksud pemberian rezeki dari Allah S.W.T adalah tiada hadnya. Semua manusia ada peluang dan ruang masing-masing untuk memperoleh kemewahan di dunia ini.

Harta merupakan satu anugerah kepada manusia dan menjadikan jiwa mereka tenang dan dapat menjalani kehidupan dengan sempurna.  Namun Allah s.w.t. mengingatkan kepada kita apabila memiliki harta dunia ini jangan sampai melalaikan tanggungjawab kepada Allah S.W.T. seperti solat, puasa, zakat dan ibadah haji.
Orang yang beriman dan beramal soleh, merekalah yang sebenarnya merasakan manisnya kehidupan dan kebahagiaan kerana hati selalu tenang, berbeza dengan orang-orang yang lalai dari Allah S.W.T.   yang selalu berasa gelisah.

Sebagai kesimpulannya, hati yang selalu merasa cukup itulah yang lebih utama dari harta yang melimpah ruah. Intipati  dari semua ini adalah kebahagiaan  terletak bukan pada dengan memiliki istana yang megah, kereta yang mewah, harta yang melimpah-ruah . Namun ianya  terletak  di dalam hati, iaitu hati yang memiliki keimanan, yang selalu merasa cukup dan selalu bersandar pada Allah Ta’ala.

Each person would have wanted a life of luxury. However, many people face the wrong way. Think that prosperity is partly to have a luxury car, branded mobile phones, has a multi-storey bungalows, to traveling all over the world and others. They think that to achieve this with all of this is called luxury. But what is the correct way?

All human beings are entitled to enjoy the luxury of living in this world.  Surely blessing of Allah SWT in the world without limitation. If we feel a thing has its limit, we are mistaken as a matter that has no limits unless prescribed by Allah SWT as the only men allowed marrying four women. Luxury living is no limit and we can all achieve. We are talking about luxuries, but the true meaning of luxury? Luxury means all that we want can be cashed. Luxury encompasses all aspects of your life. We are lazy drive; we can submit it to the driver loads. We want good food; we can buy from the best chefs. Feeling of luxury in the world is equal to the reward in heaven that the difference is in the favor of heaven, of course many times over from the world.

When we started the business, not narrowing our thinking with the assumption to get rich quick. If a product is a high potential for development, do not be shy to compete with existing sellers. Luxury has no limits. Suppose the dealer said the monopoly product to obtain a million dollars profit. You can also get it. The luxury of unlimited means of sustenance from Allah SWT is no limit. All people have the opportunities to acquire their wealth in this world.

Property is a gift to the people and make their lives a quiet life and to live properly. But God s.w.t. remind us when the real world not to neglect their responsibilities to Allah SWT such as prayer, fasting, zakat and hajj.

Those who believe and work righteousness, they actually taste the sweetness of life and happiness because the heart is always calm, as opposed to those who are heedless of Allah SWT who always felt uneasy.

In conclusion, always felt quite satisfied that it is more important than wealth abound. This is the essence of all happiness lies not in the palace has a magnificent, luxury cars, property-rich bulk. However, it is situated in the heart, the heart that has faith, which always feels pretty and always rely on Allah Ta'ala.






21 April 2011

Artikel Motivasi - SENTIASA BERSYUKUR JANGANLAH SELALU MENGELUH - Be Grateful and stop whining

SENTIASA BERSYUKUR JANGANLAH SELALU MENGELUH

Bersyukur atau rasa terima kasih merupakan perasaan atau sikap positif untuk menghargai faedah atau nikmat yang yelah atau yang akn diterima.  Rasa bersyukur seringkali ditumpukan dalam banyak agama.  Islam sendiripun menekankan rasa berterima kasih kepada Allah S.W.T keatas segala nikmat yang telah dikurniakan.  

Mengeluh adalah hal yang sangat mudah dilakukan dan bagi beberapa orang hal ini telah menjadi suatu kebiasaan. Kalau kamu termasuk dalam golongan orang yang suka mengeluh maka ketahuilah bahawa kebiasaan mengeluh tidak akan membuat situasi yang kamu hadapi menjadi lebih baik, malah hanya akan bertambah teruk.

Cuba kita bertanyakan kepada diri kita sendiri sekiranya kita mempunyai dua orang kawan.  Kawan yang pertama selalu mengucapkan kata-kata positif dan yang kedua selalu mengeluh,  kamu sebagai kawan akan memilih yang mana satu? Saya yakin jawapan kamu  adalah kawan yang pertama, kerana pada dasarnya semua orang senang berhubungan dengan orang-orang yang sentiasa berfikiran positif. 

Persoalan yang sering kali bermain diminda ialah mengapa kita selalu mengeluh. Adakah kita mengeluh kerana kita kecewa dengan kehidupan kita atau kerana apa yang kita inginkan atau kita hajati tidak tercapai. Kita perlu cepat sedar kerana hal ini terjadi setiap hari dalam kehidupan kita.  Jadi untuk mengatasi masalah ini ialah dengan kita semua perlu belajar bersyukur dengan setiap apa yang telah kita kecapi.  Kita perlu tanamkan didalam diri kita setiap apa yang berlaku itu pasti ada hikmahnya yang tersendiri.  Para ahli psikologi mengatakan bahawa “sikap bersyukur merupakan emosi yang paling sihat”.  Sebenarnya semakin banyak kita bersyukur semakin banyak hal yang kita akan  dapat untuk disyukuri dan sebaliknya.  Jangan mengeluh apabila kita menghadapi sebarang  masalah tetapi tutuplah mata kamu, tarik nafas panjang-panjang, kemudian tahan sekejap dan lepaskan secara perlahan-lahan, buka mata dan senyumlah sambil fikirkan bahawa kita harus mensyukuri nikmat yang telah Allah S.W.T berikan kepada kita.  Biasakan diri supaya tidak cepat mengeluh apabila sesuatu yang diinginkan tidak tercapai.  Tanamkan dalam diri sendiri agar selalu berfikiran positif dan selalu bersukur dengan setiap nikmat yang telah diperolehi. 

Ada banyak cara yang dapat dilakukan oleh kita untuk mensyukuri nikmat Allah swt. Secara garis besar, mensyukuri nikmat ini dapat dilakukan dengan seperti ,mensyukuri dengan hati, dengan mengakui, mengimani dan meyakini bahwa segala bentuk kenikmatan ini datangnya dari Allah S.W.T semata-mata.  Mensyukuri dengan lisan iaitu dengan memperbanyakkan ucapan  alhamdulillah (segala puji milik Allah) wasysyukru lillah (dan segala bentuk syukur juga milik Allah).  Kedua dengan mensyukuri dengan perbuatan.  Ketiga ialah dengan  mempergunakan segala bentuk kenikmatan Allah untuk menunaikan perintah-perintah Allah, baik perintah wajib, sunnah maupun mubah.  Keempat ialah  mempergunakan segala bentuk kenikmatan Allah dengan cara menghindari, menjauhi dan meninggalkan segala bentuk larangan Allah, baik larangan yang haram mahupun yang makruh.
Syukur dengan hati, lisan dan perbuatan ini hendaklah terefleksi dan tercermin pada setiap momentum yang bersifat zhahir, bahkan yang tersamar sekalipun. Contoh cerminan sikap mensyukuri nikmat Allah yang tampak secara lahir ini dapat dilihat dalam sikap Nabi Sulaiman A.S saat ia mendapati singgasana Balqis telah ada di sampingnya dalam sekejap mata. Saat itu Nabi Sulaiman langsung berkata, "Ini adalah anugerah Allah. Dia bermaksud mengujiku, adakah aku bersyukur ataukah aku kufur." (QS An-Naml: 40)


Give thanks or gratitude is a feeling or a positive attitude to appreciate the benefits or favors, or I suppose that will then be accepted. Gratitude is often concentrated in many religions.  Islam itself emphasizes gratitude to Allah SWT that was bestowed. 

Complaining is a very easy and for some people, this has become a habit. If you are among those who like to complain, and then know that the habit of complaining will not make you face in the situation better, but will get worse. 

Let us ask ourselves if we have two friends. The friend who first uttered these words is always positive and the second is always complaining, you as a friend to choose which one? I'm sure the answer you were friends first, because basically everyone is happy to deal with people who always think positively.
The question that often plays in our mind is why we always complain are we to complain because we are disappointed with our lives, or because what we want or we've requested cannot be reached. We need to quickly realize because it happens every day in our lives. So to solve this problem is with all of us need to learn to be thankful with what we have all enjoyed. We need to cultivate in ourselves all what happened it must have its own wisdom. The psychologist said that "the attitude of gratitude is the healthiest emotion. “Actually, the more we thank the many things we will be able to be grateful and vice versa. Do not complain when we encounter any problems, but close your eyes, breathe in long-term, then hold and release a glance slowly, open your eyes and smile as he thinks that we should be grateful that God gave to us. Make a habit of not quick to complain when something desired is not achieved. Invested in you to always think positive and always be grateful for every favour that had been obtained.

There are many ways that can be done by us to be thankful for Allah’s blessings. In general, these grateful to be with like, thanks to the heart, by confessing,  and believe that all forms of pleasure come from God alone.  Responsive to verbal speech is to multiply alhamdulillah (all praise belongs to Allah) wasysyukru Lillah (and any form of gratitude is owned by Allah). Both with gratitude to the act. The third is to utilize all forms of enjoyment of God to fulfill God's commands, whether the order shall, Sunnah and mubah. Fourth is to utilize all forms of enjoyment of God in a way to avoid, and avoid leaving any form of prohibition of God, whether the prohibition of illegal or disapproved.

Gratitude to the liver, oral, and this act shall be reflected and reflected on the character of each zhahir momentum, even though the blind. Examples of reflection grateful attitude is born of God that looks can be seen in the attitude of the U.S. Solomon when he found the throne queen was there at his side in the blink of an eye. At that time Solomon immediately said, "This is the grace of God. He means may try, will I be grateful or do I deny." (Surah An-Naml: 40)

22 March 2011

Hargai Milikmu


Hargailah segala yang kau miliki; anda akan memiliki lebih lagi. Jika anda fokus pada apa yang tidak anda miliki, anda tidak akan pernah merasa cukup dalam hal apapun.
Be thankful for what you have; you’ll end up having more. If you concentrate on what you don’t have, you will never, ever have enough.
~ Oprah Winfrey