26 June 2011

Artikel Motivasi- Kerajinan Membawa Kejayaan - Harwork leads to Success

Kerajinan Membawa Kejayaan

Kerajinan adalah sangat penting dalam kehidupan kita. Kerajinan dikatakan adalah sesuatu yang tidak dapat dikecualikan dalam kehidupan kita. Kerajinan boleh diertikan sebagai usaha yang berterusan penuh dengan semangat , ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan budaya maju dalam melakukan sesuatu perkara.   Dengan adanya sifat kerajinan, seseorang akan mudah untuk mendapat kejayaan. Jika kita ingin mendapatkan kejayaan, kita haruslah rajin.  Oleh itu , kerajinan adalah berkaitan rapat dengan kejayaan. 

Sifat rajin berusaha itu perlu disemai dalam diri  setiap insan sedari kecil lagi. Ini dapat dibuktikan dari golongan-golongan yang berada dalam kalangan kita. Lihatlah guru-guru di hadapan kita, mereka adalah golongan yang rajin berusaha menimba ilmu dan pengetahuan dan akhirnya mereka  berjaya menjadi guru yang berjaya dan berdedikasi. Tanpa kerajinan, mereka tidak akan berjaya menjadi seorang guru. Tidak mungkin ada seorang boleh mendapat kejayaan tanpa rajin dan berusaha. Setiap kejayaan adalah datang daripada usaha dan kerajinan seseorang. 

Selain itu, sifat-sifat para perniaga juga boleh dicontohi. Para perniaga memulakan perniagaan mereka secara kecil-kecilan. Dengan sifat yang rajin dan berusaha semasa menjalankan perniagaan mereka, akhirnya mereka berjaya menjadi usahawan yang berjaya. Dengan itu, mereka akan mendapat keuntungan yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan mereka yang malas. Mereka juga berpeluang mengembangkan perniagaan mereka sehingga ke peringkat  antarabangsa dengan adanya modal sampingan daripada keuntungan yang mereka dapatkan. Dengan usaha yang gigih, mereka boleh mencapai kejayaan. Mereka boleh mendapat keuntungan yang mereka inginkan dan dengan itu taraf hidup mereka dapat ditingkatkan.

Sebagai seorang pelajar pula, kita perlu berusaha mencari ilmu untuk bekalan hidup. Pelajar yang berjaya perlu dicontohi seperti  bagaimana mereka berusaha untuk   mencapai kejayaan. Ini dapat dibuktikan dengan contoh-contoh daripada kawan saya. Kawan saya merupakan seorang pelajar  yang bijak tetapi agak pemalas. Dia tidak pernah mengulangkaji sebelum menduduki  peperiksaan. Walaupun dia lulus  dalam peperiksaan  STPM. Tetapi dia gagal menempatkan diri ke universiti yang dia inginkan kerana keputusannya yang hanya sekadar cukup-cukup makan itu. Sebagai contoh adik saya pula  adalah seorang yang rajin. Dia sentiasa mengulangkaji  dan membuat kerja sekolah yang diberi sebaik sahaja pulang dari sekolah. dia tidak menangguhkan kerja yang diberikan oleh guru dan sentiasa melakukan ulangkaji.  Oleh itu. Dia mendapat keputusan yang cemerlang dalam STPM dan mendapat universiti yang dia inginkan.

Kesimpulannya,  tidak rugi jika kita sentiasa berusaha dan rajin belajar. Setiap insan yang rajin akan mendapat segala yang mereka inginkan. Oleh itu, dapatlah dikatakan sebenarnya kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa melakukan usaha yang bersungguh-sungguh.Setelah kita berjaya, kita akan dipandang tinggi dan mulia oleh masyarakat. Sifat rajin perlu disemai didalam diri setiap insan untuk mencapai kejayaan yang diingini. 
----------

Hard work is very important in our lives. Hard work said is something that cannot be excluded in our lives. Crafts can be construed as a continuing effort full of passion, persistence, perseverance, hard work, dedication and advanced culture of doing things. With the nature of craft, a person would be easy to get success. If we want to get success, we must be diligent. Thus, the hard work is closely related to success.

Nature of the necessary hard work to inculcate within every individual since childhood. This can be proved from the groups that are among us. Look at teachers in front of us, they are people who work hard to gain knowledge and wisdom, and eventually they became successful and dedicated teachers. Without diligence, they would not be able to become a teacher. There can be no one can get success without hard and trying. Every success is coming from the business and craft a


In addition, the properties of the business can also be emulated. The business they started the business on a small scale. By the nature of the hard and trying time running their business, they finally managed to become a successful entrepreneur. As such, they will have higher profits compared to those who are lazy. They also have the opportunity to expand their business internationally by the side of the capital gains they earn. With persistent efforts, they can achieve success. They can get benefits they want and that their lives can be improved.

As a student, we must strive to seek knowledge for the supply of life. Students who need to be emulated, such as how they strive for success. This can be proved by examples from my friend. My friend is a student who is intelligent but rather lazy. He never revises before taking the examination. Although he passed the STPM examination. But he failed to put them into the university because he wants a decision is simply just enough to eat it. For example, my brother was most diligent. He was always studying and making the school work given immediately after coming home from school. He did not suspend work provided by teachers and always do revision. So, He got excellent results in STPM and get the university he wanted.

In conclusion, no loss if we keep trying and hard studying. Every human being hardworking will get everything they want. Therefore, it can be said to be true success will not come without doing serious business. Once we succeed, we will be highly regarded and revered by the public. Nature should be diligent in sowing every individual to achieve the desired success




No comments:

Post a Comment