06 February 2011

Artikel Motivasi - Kerajinan Membawa Kejayaan

Kerajinan adalah sangat penting dalam kehidupan kita. Kerajinan dikatakan adalah sesuatu yang tidak dapat dikecualikan dalam kehidupan kita. Dengan adanya sifat kerajinan, seseorang akan mudah untuk mendapat kejayaan. Jika anda ingin dapatkan kejayaan, anda haruslah rajin. Oleh itu, kerajinan adalah berkaitan rapat dengan kejayaan.

Sifat rajin berusaha itu perlu disemai pada setiap insan dari kecil. Ini dapat dibuktikan dari golongan-golongan yang berada di kalangan kita. Lihatlah guru-guru di hadapan kita, mereka adalah golongan yang rajin berusaha menimba ilmu dan pengetahuan dan akhirnya mereka  berjaya menjadi guru yang berjaya dan berdedikasi. Tanpa kerajinan, mereka tidak akan berjaya menjadi seorang guru. Tidak mungkin ada seorang boleh mendapat kejayaan tanpa rajin dan berusaha. Setiap kejayaan adalah datang daripada usaha dan kerajinan seseorang. 

Selain itu, sifat-sifat para perniaga juga boleh dicontohi. Para perniaga memulakan perniagaan mereka secara kecil-kecilan. Dengan sifat yang rajin dan berusaha semasa menjalankan perniagaan mereka, akhirnya mereka berjaya menjadi usahawan yang berjaya. Dengan itu, mereka akan mendapat keuntungan yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan mereka yang malas. Mereka juga berpeluang mengembangkan perniagaan mereka sehingga ke arah antarabangsa dengan adanya modal sampingan daripada keuntungan yang mereka dapatkan. Dengan usaha yang gigih, mereka boleh mencapai kejayaan. Mereka boleh mendapat keuntungan yang mereka inginkan dan dengan itu taraf hidup mereka dapat ditinggikan.

Sebagai seorang pelajar pula, kita perlu berusaha mencari ilmu untuk bekalan hidup. Pelajar yang berjaya perlu dicontohi bagaimana cara mereka berusaha dalam mencapai kejayaan. Ini dapat dibuktikan dengan contoh-contoh daripada kakak dan kawannya. Kakak saya adalah seorang yang bijak tetapi malas. Dia tidak pernah mengulangkaji sebelum peperiksaan. Walaupun dia mendapat kelulusan dalam STPM. Tetapi dia gagal mendapatkan universiti yang dia inginkan. Kawan kakak saya adalah seorang yang rajin. Dia sentiasa mengulangkaji sebaik sahaja pulang dari sekolah. Oleh itu. Dia mendapat keputusan yang cemerlang dalam STPM dan mendapat universiti yang dia inginkan.

Kesimpulannya,  tidak rugi jika kita sentiasa berusaha dan rajin belajar. Setiap insan yang rajin akan mendapat segala yang mereka inginkan. Oleh itu, dapatlah dikatakan sebenarnya kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa melakukan usaha yang bersungguh-sungguh. Setelah kita berjaya, kita akan dipandang tinggi dan mulia oleh masyarakat. Semailah sifat kerajinan pada setiap insan untuk mencapai kejayaan.

No comments:

Post a Comment