14 February 2011

Dua Alasan Kenapa Kita Tidak Bahagia

Dalam panduan motivasi kali ni, kami berikan dua sebab kenapa kita tak gembira. Sebabnya ialah…

1. Kerana kita selalu persoalkan HAK, bukan melebihkan PERANAN serta kontribusi.

Kita mempersoalkan hak, harga diri dan siapa kita oleh sebab kita diapi-apikan oleh rasa EGO. Setiap orang mempunyai keegoan masing-masing cuma dalam kadar yang berbeza-beza. kita tidak aman sebab kita tidak mainkan peranan dalam masyarakat kita berada sekarang ini - di rumah, di pejabat, di sekolah, di tempat mencari rezeki, di kalangan rakan-rakan kita.

2. Sebab kita sentiasa ingat kesusahan di saat lalu.

Kita senantiasa kenang kata-kata buruk yang orang lemparkan pada kita. kita selalu bayangkan kesusahan di saat lalu. kita selalu fikirkan manusia-manusia yang menyakitkan hati kita. kita tidak pernah memberi peluang bagi hati kita mensyukuri nyawa serta hidup kita!

Untuk kita jadi bahagia serta berasa gembira, be humble, bersederhana serta bantulah orang lain ikut kemampuan kita. Manusia lain ini ialah manusia-manusia berhampiran kita. Mulakan dari rumah ataupun di tempat kita berada sekarang.

Berusaha bantu ibu kita buat kerja-kerja rumah. Tolong dia sebab kita ikhlas nak bantu. Simply do it! kita akan merasa bahagia melihat orang lain gembira apatah lagi manusia tu adalah ibubapa kita. Contoh lain, jika kita berusaha, relakan diri membantu rakan tanpa di minta, tanpa di sangka-sangka. Bantu kerana nak buat apa yang perlu, bukan nak harap sanjungan. Lakukan ini sentiasa dan kita merasa aman Ketika dia kata ‘terima kasih’.

No comments:

Post a Comment